ann karipap

Haritu aku jual baju siap utk tolong ibu tunggal di Pangsapuri Kenanga..ada la laku 3 pasang..pasal aku segan gila nak jumpa dan bawak kain merata..hahaha... 
Kemudian ibu dok mengadu ada masalah kewangan yang lead us to create business buat karipap.. jadi ibu ajar buat karipap pusing inti daging..hasilnya..kami pn bertekad join venture buat karipap pusing frozen..berusaha la masing2 sampai kebas2 kaki membuat karipap..first time buat, ada jugak rasa kecewa bila karipap yang sepatutnya sedap, menggiurkan dan menyelerakan satu kondo simfoni kok bila di goreng jadi mcm muka di pakai set pengelupasan.. ibu da putus asa tapi aku rasa belum putus asa.. jadi cuba lagi! Bila da berhasil, terus packing dan frozen kan.. 
Tapi dalam proses pembelajaran ni ada juga rasa frust..terutama bila da cantik bentuknya..time delivery pulak buat hal..penyek2 pulak bentuknya...time ni baru rasa..Ya Allah, susahnya nak mencari RM4.50..! ia cuma RM4.50 tapi perlukan segala jenis kekuatan.. kekuatan nak menguli, nak habiskan masa memilih bahan terbaik, menebalkan muka memujuk orang membeli karipap.. Ya Allah...mmg susah! 
Tambah kecewa, bila da cantik, delivery penyek..dari yang tertinggal, ada pulak vapour! Aku da cuak..takut basi..maklumla pakai inti daging..takut tak tahan lama..aku bukannya letak apa2 pengawet..sudahnya aku goreng sendiri buat makan buka puasa... 

Sedap jugak bila minum dgn kopi aura wanita..hahahaa

Sekarang pulak aku ada satu obsession.. Cheese tart! OMG...mmg mudah rupanya buat cheese tart ni..tapi bahan2nya kemain mahal...patutla kuihnya comel..harganya tak comel! hahaha... kena mantapkan skill utk buat shellnya baru fikir nk extend jual cheese tart..hahahah...otak da asyik fikir nak business aje ni..acane?

*mana la tak fikir pasal duit ja..baru je dpt surat ligamas mintak rm17900! gila kau! 

seronok atau cemburu..bercampur baur..

One by one kawan2 bkl menyambut atau da menyambut org baru.. Entah bila pulak turn aku? Kdg2 rasa cemburu dlm happy..semoga satu hati nnt aku juga bisa merasai pengalaman yg sama..
amin..

hey, hidup ni mmg macam2 sgt la..

dalam hidup ni kadang2 rasa nak mengeluh tapi selaku perempuan rasa mcm tak sesuai nak mengeluh. Karang mengeluh dikata pulak emosional.. tapi kalau nak mengeluh jugak, suka hati la kn.. Intro ni mcm nak ckp, yg seterusnya adalah keluhan aku sbnrnya..

Mcm tak proper nak cerita baik buruk manusia lain di sini..mcm nak canang apa buruknya org tu sedangkan bila aku berdepan dgn beliau, tak pulak aku bagi nasihat suruh berubah.. Kadang2 manusia kerdil macam aku ni, aku akui, aku adalah keyboard warrior tapi nak voice out up front, mungkin blh jantung terkeluar..

Macam tadi, aku ke celcom sbb aku lupa nak topup 2nd no aku sampai da expired..bila call celcom center, dia ckp blh pegi blue cube..bila g blue cube, kok cuma boleh buat di celcom centre? Jadi sementara tunggu kontraktor ekon dtg, (our appointment should be 10.30am, tapi delay ke 11.30am! sigh...) maka aku terus ke menara Atlan.. ok, parking mcm naharem...last2 aku double park.. masuk centre, blm amek number da beratur panjang.. sigh... bila da dpt jumpa front desk, kena beli topup, baru amek number which mean kena tunggu lagi! By the time aku tgh tunggu front desk tu isi form reinstatement, kontraktor da sampai..ha elok la.. tak mengelijat aku di situ?! Tunggu punya tunggu tak sampai jugak no aku.. adoi..darah da naik ke kepala aku rasa..akibat tekanan menunggu.. lepas tu aku terus ke kaunter front desk, tanya blh delay lagi tak? aku da tada masa ni.. so solutionnya, beliau amek ic aku, kemudian tinggalkan form itu pada dia. Between 24hours, blh guna semula.. Ya Allah..kalau la dari awal kamu buat begitu?? Tapi nak voice out kemarahan, tak dpt..semua tersekat di dlm hati..tapi jantung mcm nk tercabut akibat terlalu marah sbb prosedur menunggu di celcom.. haissshhh.... 

Di opis ni pulak, aku ingat aku mengalami isu ketidaksefahaman yang teruk antara aku, cleaner dan receptionist.. ok, sudah tentu ia bermula dgn perkara2 sekecil kuman.. tapi mungkin midlife crisis masing2 pun, mereka dan aku tak dpt menerima bahawa kesalahan itu dtg dari kelemahan diri sendiri.. tapi aku masih boleh bekerja dgn mereka..cuma hilang rasa hormat.. Hilang hormat akibat dari sikap dorang yang tak boleh kerja tanpa campurkan emosi sekali.. Dah kalau kau benci aku pun, kau tetap kena kerja kot? Jadi, nak tak nak, kena la jugak mengadap aku ni ha.. kata satu kantor.. Tapi akibat dari kebencian dorang kat aku, asal ada kerja yg melibatkan aku, mesti ada something wrong.. contohnya cleaner.. cleaning task masih kena buat walau sebenci mana dia kat aku.. tapi masalahnya.. akibat dari kebenciannya pada aku, department aku pulak yang jadik mangsa. Kasihan mereka2 yang tidak terlibat..Bila suruh sign form siap kerja, sentap pulak akibat banyak column kosong tak bertanda (sbb tak buat).. Mcm ni la, to gain respect is to respect other. Bila aku da ckp aku tak hormat org ni, confirm mereka pn tak kn hormatkan aku.. tapi nak buat mcm mana, bukan semua org suka kat kita.. sbb kita pun bukannya suka semua org.. Tapi dlm hal mcm ni, aku tetap respect pada sorang officer account di opis ni. Walaupn kami tak ngam, tapi bab kerja, dia mmg professional. Tak suka tak pa, asalkan kerja jalan. Girl, u earn my respect. Salute! 
 
Dalam hidup ni, kita cuma nak rasa bahagia..nak rasa happy dgn cara kita sendiri.. tapi kadang2 juga Allah cuit kita utk tgk sejauh mana kita bersyukur dgn kebahagian yg kita dpt.. 

BTW, aku da masuk 3 series..baru aku sedar laki aku da 3series sejak tahun lepas lagi..hahaha.. tahun ni tak celebrate bersama pun..sbb beliau superbusy dgn handover units.. tapi beliau mengadakan akikah keluarga utk kami.. complete 2 family.. thanks sayang! 

Hadiah dari kak ninie..

hadiah dari suami.. akikah keluarga (time lafaz akad)

 
 
Let be rich and happy!