new chapter.. yehuu!!

Satu pagi, aku buka mata..dan hari baru telah bermula.. Bersyukur Allah masih panjangkn usia kami sekeluarga untuk meraih masa bertaubat pada Nya. 
Baru lagi hidup sebagai surirumah.. kesihatan masih belum ok.. tapi nak pegi klinik tu.. alahai.. cukup2 la makan ubat.. dh rasa mcm badan penuh chemical dh ni.. tak pa..for the time being, aku amalkan infused water utk detox walaupn tak seberapa.. 

So ramai la yang call, sms dan whatapps tanya apa berlaku dan berikan simpati.. banyak yg bagi semangat. Siap ada yg bertanya mcm mana aku nk survive bayar itu ini? Keta baru beli.. rumah-rumah lagi.. Thanks for all who concern and asked.. Luckily, dari awal aku dan bangpol sudah prepare dgn money management system.. So, utk kereta, rumah2 dan superbike tu, insya Allah, sampai hujung tahun ni kami tak ada masalah utk selesaikan.. Ingat, the lesson here, please be prepare, just in case u lost ur job, make sure u can survive for at least 6 months. Alhamdulillah.. semua calculation memihak pada kami setakat ni... 

Planning masa depan, aku agak serik untuk bkerja dgn company melayu. Sebab company melayu ni banyak sgt politik dan isunya.. So, aku decide utk beri peluang pada diri sendiri utk bekerja sendiri selama 3 bln.. 
Aku akan start active semula dgn public mutual yg dh lama aku diamkn.. kemudian, aku nak focus dgn FGD dan online business. Aku dh jd agent butik online.. tp, baru2 ni ada kawan offer utk beli beg2 yg pernah aku buat dulu.. hey! Buat sesuatu yg kita suka dlm business adalah bonus, ok? Lagipn selama ni mmg aku pn suka jugak buat business cuma tak konsisten.. kali ni kena usaha dan lebih konsisten aje la.. Mudah2an Allah permudahkan jalan..

Pada yg pernah menjadi bestfriend dan menjadi punca semua kekusutan ini.. aku tak marah.. aku dh tak marah lagi.. dan aku dh tak da hati nak marah kamu.. elok la kamu uruskan diri kamu baik2.. aku maafkn kamu.. dan perbuatan kamu.. dan aku harap kamu maafkan juga kekhilafan aku.. kita pernah bersahabat.. ketawa suka dan duka bersama.. aku tak sangka kamu akan jd begini.. takpa.. aku harap kamu akan berubah menjadi yg lebih baik kemudian nanti.. 




Saba middle east cuisines

Al kisah,laki bini mana layan makanan arab.. Tapi, time abah dtg melawat kami di kl around last yeat,beliau telah memperkenalkan restoran saba, makanan arab..
Abah suka Mandy lamb khabsah lamb.. Nasi dia yang sedap tu.. Guna basmati.. Sedap baq hang..
Sejak tu,mmg kalo nk makan makanan arab.. Kami akan ke saba restoran,cyberjaya.. Branch setiawangsa pn ada jugak..cuma xsesedap d cyberjaya..

Salted egg squid and butter prawn Makan Station

Di KLSC Wangsa Maju ni banyak kedai makan.. tapi satu kedai ni, sah2 bukan kedai lain melainkan makan saja. MAKAN STATION. kalo nak pegi mengumpat, sila ke next station.

Kira kedai ni tahap kalo dpt gaji, baru g makan lunch sini.. bukanlah restoran mahal pn.. lunch set rm6.99 ada je.. cuma set2 beliau tak kena tekak dinda.. maafkanlah haku yg demand ini...

Favorite dish sini ada 2.. salted egg squid dgn butter prawn.. Kalo butter prawn rm22 sepinggan. Salted egg rm18.. pastu boleh la order sup daging sebagai penambah kuah..kalo tak amek je sup kosong free.. sup daging tu rupanya mmg out.. tapi rasa dia mmg superb...



Makan station located kat Jalan Wangsa Delima, KLSC, Seksyen 5 Wangsa Maju. Berdepan dgn Avon, belakang AMBank. Waiter dia adalah mamat bangla yang amat sopan.. akibat selalu nampak beliau, otomatik dia jd adik aku..pasal dia keep on calling me kakak.. fine..

Tapi seriously, sedap sampai menangis...


Roti bakar Transfer road, Penang

Aku bukanla suka sgt makan roti.. tapi roti di penang known as roti benggali is so difficult to get kat KL.. maka sekali dpt, mcm rasa heaven giler.. mungkin boleh makan gaya abam naz JJCM..makan sambil tutup mata fefeeling sedap gila..padahal kdg2 nan hado. hehe

Masa ride to penang end of march lepas, kami singgah breakfast di kedai roti canai/roti bakar di transfer road. Pandangan pertama tgk kedai adalah..kasihan... kedai ini ibarat serindit mati tercepit sbb kedudukan dia adalah di celah2 antara dua bangunan yg kalo aku tak salah dgr papagonz ckp satu bangunan tu adalah makam lama.. wallahualam..

Masa order, sbb dtg beramai2 satu batalion..maka time aney tu amek order, kena la pattern angkat tgn.. sapa nak roti bakar, semua angkat, aku pun angkat tangan jugak.. sekali kena marah dgn bangpol.. fine... muka cebik tapi eh, time makan lupa lak nak merajuk.. hahaha...

Suspek di percayai menggunakan roti benggali sbg roti yg dibakar, penyebab utama yang menyebabkan kami jatuh cinta dgn roti bakar ini..

 Roti bakar yang terus jadi pujaan hati geng ride to penang...



Roti canai dgn pilihan nak ayam ke daging..masing2 ingat kuah ayam atau daging..kok sekali.. hambek kau.. seketul dia kasik... 


Karipap ni mmg rare.. first time jumpa karipap dari spesis ni.. sgt jarang di temui.. hampir sebesar muka abam nuar..

Harga bai roti bakar pujaan hati adalah rm3.00 saja.. 
Roti canai dan ayam itu adalah tak ingat.. mungkin rm6 kot.. 
Karipap 3 ketul rm2 rasanya... 
(maklum le..bukan i bayar... hahahhaa)



sate tulang bundo kanduang senawang



Sate tulang ni kami eksaited nk cuba pasal dia kata tulang.. Otak laki bini dh pk, lidi sate tu adalah tulang rusuk lembu ke kambing mcm tgif tu..
Rupanya,dia adalah sate ayam dgn tulang2 dia di cucuk di lidi sate like usual sate.. Bukan pakai tulang rusuk ayam direct bakar..okeh..

Harga dia rm1.50 secucuk utk sate tulang,rm0.70 utk sate daging.. Sate lain aku tatau pasal kami makan dua jenis ni je. Rasa sedap melampau kecuali daging agak liat..

Sate tulang tu isi mmg sikit tp rasa dia sedap.

For those yg nk cuba..cara kesini senang sgt. Dari plus hiwey, exit senawang..jalan terus sampai jumpa giant senawang.. Kedai ni adalah stall tepi jalan yg dibuka d depan restoran bundo kanduang. Berdepan dengan ice room.

Tersekat di skala 5 bintang!


nasib si penunggang motor

Aku baru je blk dari motor riding ke penang.. Walaupn membonceng sepanjang perjalanan,tapi terasa jugak penat yg sampai timbul urat di kaki.. Kesian...

Akibat lama di atas motor,layan lap pn dh x berapa nk gerun dh.. Mekalau x,mmg agak ketaq2 lutut naa..

Banyak yg aku pelajari dari trip ni.. Dari aspek keselamatan, teamwork dan abg pol sbnrnya romantik orgnya bila di trigger.. Hahaha...

Tapi,cer fikir,d mana lorong motor d jlnraya2 kt malaysia nih? Selain federal hiwey,ada a few yg ada motorcycle lane.tapi d mainroad, jln bandar,jln biasa mmg tade jln laluan motor. Kereta,van dan lori pulak mana nk kasik chance kt motor2 d jalanraya.alasan,mat rempit. Eh,tp kalo pakai superbike,kau xpk rempit lak eh?

Plus hiwey kalo time jam,dgn emergency lane pn kereta mau masuk.. Hbs,motor nk lalu mana? Sudahla masuk emergency lane,kadang tu on the phone lagi.. Melampau tau sikap tak prihatin mcm ni.. Timbang rasa la sikit, jalanraya di kongsi bersama.. Motor pn bayar roadtax apa..

Tgk,uols dh bolot jalanraya, terpaksala naik motor d tembok je. Hahaha

focus dlm hidup

Huish... sudah lama tak buat public mutual..sedar2 lesen da terminated. Adeh... dah satu kerja nak kena mintak surat sokongan deenia dan dennis utk sambung lesen. Tak pe.aku akan buat pada bulan 3 nanti. Insya Allah..

Hari ni first time bayar ptptn guna online. Sudah banyak improvement. Kalo ku tahu service ptptn sebaik ini dulu...sudah ku bayar habis guna online.. tak yah semak- semak g kl sentral bayar kt kiosk. anyhow.. aku akan cuba hbskn ptptn by end of this year jugak.. 

Ok.. mukadimah ni mcm tak menerangkn apa maksud focus dlm hidup itu.. tajuk dgn jalan cerita mmg jarang selari.. contohnya mcm playboy itu suami aku.. awal2 mmg nmpk playboy.. hujung2 da nampak mcm lain mcm sikit.. tak pe..yg lain mcm tu kita simpan sendiri je.. 

Sbnrnya aku nak ckp..sebab banyak sgt tengok drama melayu kt tv recently..sedikit sebanyak kasik influence mindset jugak la.. aku selalu tgk pelakon berlakon, balik rumah, wow... hebat gila rumah dorang.. set sofa, kemasan dapur, bilik.. interior design yg tak pernah kalah la.. sampai every times pn aku mesti terfikir, bestnya ada rumah mcm tu.. bestnya ada decor mcm ni.. bestnya ada dapur mcm itu.. adeh la.. tetiba smlm masa aku balik..aku tersedar yg sebenarnya..apa yg dlm lakonan tu sbnrnya aku dh achieve pn.. At least bila balik rumah, aku boleh letak barang atas kerusi dining, landing di sofa, on tv, duduk d balkoni mengadap view bukit bukau selayang, tgk fire cracker almost every nite d bulan february dan berbaring d katil empuk setiap malam.. even the decoration might not as good as seen on tv, but at least, i owned it. and now, i am proud of it.. tetiba rasa nak tepuk bahu sendiri dan cakap, "tak sangka kau boleh berjimat dan beli barang sendiri" ku ingat kau akan tido atas toto just like the old day before... no tv, no dining set.yg ada cuma washing machine..hahaha...kesian... 

Tak pa... aku sekarang mcm risau bila rumah batang kali dah siap, kami tak ckp duit nak buat renovation.. kesian kn? duit dlm simpanan tidaklah seberapa.. kos pula makin tinggi... tapi yg pasti tema dapur nanti hitam putih pasal bangpol da admire sgt dgn design wak doyok depan rumah ibu.. mmg beliau buat cntik gila.. hitam yg ada glittering2 gitu. 

Skrg musim panas... dan sudah 2 hari hujan petang.. alhamdulillah.. harap2 kebakaran hutan dpt d padamkan.. kesian haiwan liar.. eh, betul ke bekalan air d selangor d tutup sebahagiannya? kalau betul d tutup demi agenda politik, saya doakan org yg terlibat, bertaubatlah.. politik hanya dunia semata2.. pinjaman.. tak perlu obses sebab in the end, those things will be asked..apo ekau nak jawap? Jgn aniaya rakyat marhaen yg tak berslh... 

Ok, sekian. 

Mempersembahkan... sambal bilis hijau, lala pedas menangis, sayur rebus, pulut panggang dan lepat pisang..
Gmbr mmg tadek kena mengena dgn post ini.. hahahaa

perempuan punya kisah

Sebenarnya aku agak frust pasal ini kali pertama aku hadapi situasi konflik tempat kerja.
Semuanya start sejak thun lps bln 7. Ingatkn bulan 12 sudah settle tapi taktau pulak aku yang rupanya mslh ni ambiguous.. Dan takkan settle kalau sikap aku dan rakan2 tidak berubah.
Aku tertunggu2 juga mesyuarat yg janjinya setiap bln nk buat supaya mslh sama tak berulang..tp kalau yg d atas sudah culas dgn janji sendiri.. Mcm x mgkn masalah ini cuba atasi.
Banyak isu dalaman yg patut dteliti tambah2 department ni sepatutnya yg menjaga kebajikan masyarakat..tp sbaliknya yang jadi,siapa yg mahu bersuara seakan d anggap musuh. Xkn mahu d kipas bontot? Mau d upgrade jd ekon? Maaf, aku patut minum kopi legakan tekak.

Untungkn menjadi pembodek. Bercakap seperti tak pernah silap tapi bila d halusi, banyaknya compang camping yang takut di luahkan si rakyat marhaen. Baru menegakkan hak sendiri,bonus d potong separuh! Sedangkan si punca, bersenang lenang hasil bodekan ekon jurus ke 8. Kopi aku sudah habis. Patut aku habiskan sekali nota aku d sini kah?

Ingatan utk diri sendiri.. Jgn aniaya org..

driver malaysia..

Rakyat malaysia ni mmg terkenal dengan kesopanan.. ramah.. suka tolong menolong.. TAPI.. semua sifat baik ni boleh ghaib sekelip mata bila di depan stereng.. apsal eh? genetik kah? masalahnya semua sama je.. melayu, cina, india, serani, asalkn org malaysia.. perangai semua sama je.. kenapakah? keliru mak, nak..


baca juga blog kak jue yang baru- baru ni terlibat dalam kes road bully di sini. 

Yang ni complication utk perangai malaysian driver:



CHANGE OUR ATTITUDE OF DRIVING... ok? ciow... 

Throwback #kenangan viva - si katak hijau

Kangkung! Mmg viral lah kangkung sekarang... sana sini kangkung... kopi kangkung (kokung) kangkung ice, kangkung sambal belacan apatah lagi... mujurlah negara kita masih aman... ~ sambil sengih mulut senget tanda sarcastic. 

Sekarang ni kena rajin.. rajin buat OT.. simpan OT2 tu dan claim bila tiba masanya.. awal2 tahun mcm ni la nak kumpul duit.. bukan apa.. dgn viva si katak hijau tu asyik meragam je.. haish... sampai satu ketika, aku skrg ni dah tak heran dh.. nak mati tgh jalan.. nak semput2 time jam.. huh... aku tanak service kau! puas hati aku... hahahaha... 

Tapi sayang jugak dgn viva hijau tu.. dari zaman hong leong beliau berkhidmat dgn aku... sudah hampir 6 tahun.. tahun depan loan pn hbs bayar... pernah satu masa dulu..waktu 2-3 tahun pakai viva, beliau semput teruk.. rpm mmg gila hbs la.. rupanya throttle body rosak.. ganti satu set.. lebur la rm700 time itu.. tp brother sorang tu penah ckp, sekali kau ganti throttle body sensor, dia mmg akan buat lagi.. so true.. total aku tukar sudah 3x wokeh.. 


Waktu kali kedua tukar, aku tukar sekali dgn part2 lain..total nak dekat rm2000.. baik sekejap..pastu dia buat balik.. sabar...sabar... kata nak pakai sampai jadi besi buruk... 

Kali ketiga aku buat dgn panel company.. dgn panel ni, hantar satu rosak, balik keta kat kita, 2 - 3 rosak.. mcm &**^^^* last2 hantar kat Ah Chai... tukar timing sensor pulak.. rm300 melayang.. time dekat2 lak tu.. bulan tu saja rm1000 tukar sensor si viva ni.. huh...berpeluh mak, nak! memang rasa mau nangis.. jual karipap dan avon 10 tahun pn belum tentu dpt cover duit tukar sensor sensi viva nih.. 

Ada jugak dulu time duduk di selayang mulia.. time tu kerja viva ni asyik la tayar pancit.. dlm sebulan dlm 2- 3 kali tayar pancit.. sudahlah masa tu agak miskin..sampai mintak derma kilat.. aku ingat kak ned dermakan rm10 kat aku utk tampal tayar.. tau tak, sbrnnya masa tu aku nangis sepanjang balik ke rumah.. rasa tak mampu sgt nak pakai kereta.. rasa mcm nak beli basikal.. tak pn naik motor je, senang... Paling sakit hati, balik kerja ok, naik rumah..turun balik nak pegi makan, tayar pancit! esoknya kak ani pulak nak pakai pegi exam.. masa tu pulak dah pukul 9 lebih mcm tu.. kedai tayar sudah tutup... menangis lagi.. hahahaha... masa aku nangis, bangpol gelak, wokeh.. fine. Esoknya kak ani bawak keta tu pakai tayar spare ke upm.. gila ah.. dia rempit 120km/j pakai tayar spare sbb beliau sempat sesat dan dah lambat ke exam.. 

Viva oh viva hijau... beliau accident free.. cuma banyak jugak yg mendajalkan beliau adalah.. kali pertama happen di apartment mawar sari.. aku parking elok je dlm kotak.. sekali keta tepi tu dia boleh gesel pastu senyap mcm tu je.. aku pegi rumah dia dan cakap psl keta tu..boleh dia ckp "ntah, adik saya yg pakai..dia tak cakap apa2 pn" last2 aku ckp, tak pe la.. keta saya kecik je.. sbb tu dia senyap tak cakap pape.. cuba kalo ko calar keta bmw.. mmg aku ketuk keta kau sampai calar 8x teruk.. lepas tu aku pn malas mau cari gaduh.. so maafkan je perbuatan jahat beliau.

Batu pernah jatuh atas bumbung viva..kemek! aku tak perasan..ain yg perasan.. hancur hati aku masa tu... nak claim insurance flat, dia cakap, kena buat more than rm1500.. dorang akan cover yang rm500, tu pn subject to management approval which mean, tak semestinya dia bayar rm500 kat kau.. sbb dia maybe bayar slighty lower than that.. so, menabung la dulu sbb rasanya tak berbaloi rm1500 utk ketuk bumbung keta tu.. baru je nak hntr g ketuk dan cat, budak praktikal pulak gesel keta aku.. calar bumper tepi belah depan.. tragedinya, dia gesel terus blah.. aku kejar siot keta tu.. siap amek matrik card budak tu.. hey, berani kau touch n go.. dh la kau praktikal kt opis aku ni je.. dari nak mengecat dan mengetuk bumbung saja.. terus buat bumper sekali.. jadi la si viva mcm baru... bersinar memancar2.. budak tu kena bayar tak silap rm280 mcm tu.. 

Satu hari tu, abgpol yg bawak keta.. nak ke rumah mak dia.. kat persimpangan traffic light tu, keta tetiba berenti.. tapi aku mmg dh nampak keta depan2 dah nyala 3rd light brake.. cuma pattern bangpol ni apa pesen tatau, dh dekat baru nak brake.. last2 satu motor ni tak sempat elak.. terus langgar lampu belakang bawah lampu signal.. lepas langgar, terus pecut.. memula aku fikir, tak pe la.. nak buat mcm mana kn.. pastu terus pegi snr, ingat nak ganti la lampu tu.. ceh, sekali harga 1 lampu rm260! terus aku tak redha mat motor yg langgar lampu keta aku... mmg terus otomatik mencarutkn si motor itu.. harap2 motor dia hilang semua lampu.. hahahaha... apa pesen sumpah da?? Lampu belakang tu sampai sekarang aku tak ganti lagi.. bawak balik kedah, abg aku pegi salotape.. sampai kl aku bukak pasal salotape tu dah berwap.. bawak balik kampung, bapak aku pulak salotape lampu tu.. ok, fine.. sampai sekarang remain, lampu with salotape.. hahaha.. 

Banyaknya kenangan dengan viva si katak hijau... setelah hampir 6 tahun.. mungkin tahun ini adalah penghujungnya.. mungkin juga bulan ini atau bulan depan bulan terakhir bersamanya.. dia bersama2 masa aku redah jammed di jalan raja chulan.. susuri parking lot haram di lorong belakang wisma mpl.. bersama2 ketika di cimb di menara southern bank, damansara heights..pernah susah sampai share rm20.. rm10 isi minyak, rm10 makan.. 

Tak pe.. aku tak la sedih sgt...








media social

Rasanya dh lapuk kot facebook, twitter, ig etc.. semua org ada account media social. Termasuklah budak2 hingusan darjah 1 sampai ke umo yg tahap dewasa2...
Sepanjang aku kenal laki aku dari zaman aku mengorat dia..eh? Silap... dari zaman bercinta sampai la ke zaman dh berdua ni.. beliau cuma ada yahoo mail, myspace dan ym saja. Sungguh tak it savvy beliau nih..
Recently, kengkawan opis beliau buat group wasap..tema hanya utk lelaki2 technical sdb saja..pasal beliau pakai nokia cap cokia2 yg tak android, maka tertinggal bas la encik ni.. muka cebik2 tanya dgn inesen kt aku
"kenapa hp sy tak leh install wasap?"
Penuh jujur aku cakap henpon dia tak canggih, terus merajuk, jalan hentak2 kaki terus tido.. agaknya beliau pk bangun tido terus dpt hp canggih agaknya.. ekekeke
Then kami pn beli la tab 3..dgn internet 24jam-ban.. sbnrnya tab tu mmg utk dia pakai pn.. tp pasal besar bapak.. maka dia cuma guna after office hour je.. tapi, perubahan selepas beliau ada grup wasap...

asal makan je...amek  gmbr... eh, mcm kelakar tgk beliau mesti amek gmbr dulu.. kalo x amek gmbr sblm, selepas mkn pn boleh.. .lepas pinggan licin.. ekekeke...







Luckily,  beliau masih beliau masih belum ke tahap camwhore addicted. Heheheh

Tapi plg tak best, mekalau dh chatting dlm grup wasap tu, mula la beliau dlm dunia beliau saja.. gelak sorang2.. dh bini dia kt sblh mcm invisible saje..

Memula aku perli.. aku cakap sorang2.. lama2 dia faham kot.. so, bila dia chatting, tak la mcm dulu.. sampai aku mcm dh tak wujud di sblh... skrg lebih balance.. jd, dia akan chatting, tapi masih focus dgn live chat dgn bini dia.. haaa... lagu tu laa... baru bini x kecik hati naaa...

Tapi aku pn suka baca balik apa yg dorang chat tu.. ye la, mesti la nak tau..apa yg lelaki2 ni bualkan.. mcm kt opis tak jumpa.. mcm harus sgt berkomunikasi 24jam-ban...

Tapi chatting lelaki2 ni kelakar dan lucah.. tapi yg penting, mereka mmg free from mengata, memfitnah dan mengeji org.. they just talk about themselves! How interesting...? Hahahaha.. cuba kalo grup pompuan..confirm agenda dia adalah mengutuk org.. aku tau la pasal aku pompuan..hahahaha..

nah, ni gmbr2 yg dorang share.. k bai!





Kelas mak limah cuti tak bergaji, kau!

Org hujung tahun sibuk bercuti.. aku pun nak cuti jugak... laki den habiskan cuti tahun sblm forfeit.. aku pulak habiskan cuti tanpa gaji.. heh..ada this kind of term ek? hahaha... kira sajalah dari nan hado... 

Kali ni adalah pertama kali cuti yang aku tak plan langsung nak kemana2.. niat cuma nak habiskan masa di rumah.. basuh baju, kemas rumah, buat baju baru utk tahun baru, decorate rumah dan sebagainya... 

Tapi tatau la.. kalo tiba2 laki ku buat mata ala2 shasha mcm cantik je..mcm comel je.. kami tetiba dah ke utara plak.. sudahla unpaid leave.. berjalan lagi.. tahun baru dtg, poket kosong.. ceh..

Ni nak tahun baru ni musti ramai yg apdet new resolution.. beria bagai.. tapi nanti tgh tahun, azam kemana, kita kemana.. tak pa.. matlamat mau ada... baru ada aim... 

Aim aku tahun 2014 nak bukak butik..skrg dlm perbincangan peringkat pertama.. peringkat kedua, bincang mcm mana nak rompak bank nak jadikan modal.. kalo dah clear, baru cari tapak dan berbincang lagi camne nak habiskan duit rompakan bank...kalo tak clear, mungkin aku boleh popular sbb jadi perompak perempuan pertama kena tangkap.. sudah la fun size, kena tangkap pulak.. so lame.. 

Enuf with those craps... 

aku tgh membilang minit nak balik..tada mood dah nak buat keja... malam ni mau dating dgn laki.. masih dalam dilema samada nak order 6 main course utk makan berdua..atau order 3 main course utk 2 org.. macam ni kau kata diet??!!! Tak pa, order 3 main course dulu..kang kalo masih kebuluq, buleh la order lagi 3.. maklum la.. jakun baq hang nak makan murah d TGIF.. dari bayar ratus2..kali ni bayar rm69++ saja.. rambang mata mak, nak!




dah bertahun di kl...

Tahun depan 2014, genap la 10 tahun aku duduk di kl ni...dari lepas degree sampai la ni, stuck kat sini..
Kalo waktu bujang, aku pernah la menyewa d setiawangsa, ampang, damansara perdana, subang taipan dan damansara kim.. lepas kawen, tggl d selayang kendian pindah ke batu caves.. 
Tapi smlm time join cik e n family ke jln tar baru aku perasan.. kami x pnh naik kl tower!
Tapi first impression adalah "merepek".. nak masuk kereta kena bayar parking.. first 15 min free, lepas tu rm3.. motip? Lepas parking, nampak la kiri kanan org naik kereta kuda..ada jugak nampak kuda kuruih dlm bangsal tgh makan.. 
Ada jugak nampak f1 simulation centre, aquaria..naik lagi baru ada tmpt beli tiket, kedai2 makan, kedai cenderamata etc.. 
Tikt dewasa rm29, kanak2 rm19.. tanya kaunter, nampak apa? Nampak view kl saja.. 
Pendek kata, kau bayar naik lif dgn harga melampau2, utk tgk view kl yg dah sah2 kau cuma tgk bangunan2 saja..sama mcm kau jenguk dari balkoni rumah kau sendiri... ceh.. merepek.. 
Aku decide takmo naik.. bazir rm29 camtu, baik p makan bege bakar sedas dua..lagi afdal.. 
Pastu nurul bagitau..yg f1 simulation tu rm20..utk 3 minit.. tak ke rasa mcm nak ceramah betapa mengarutnya semua ini? Kentut dan rasa lega pn dah 2 minit.. baki seminit adalah utk kepamkn bau kentut.. hehehe
Mujur air mineral dia rm1 saja.. masih blm merepek... cuma kalo yg jenis kumpul fridge magnet tu, kalo pg kedai depan, harga dia rm10, belakang sikit, rm9, kalo pegi lagi belakang, rm8 aje.. 
Overall, kemerepekan harga di kl tower mmg melampau tahap kita2 ni bukan rakyat malaysia hendaknya... ceh..



bila makcik mula menceceh...

Assalamualaikum... 

Rasa mcm semangat pulak nak tulis blog arini.. maybe banyak sgt cerita yg perlu aku ingat di masa depan... 
Skrg malaysia tgh mengalami banjir.. pantai timur dan selatan dan melaka.. aku harap semua dalam keadaan selamat.. tapi iktibar banjir ni, aku ada ckp dgn cikgu azizi, agen insuran yg aku nak letak cover flood n theft dlm next coverage.. jawapan yg aku terima sungguh munasabah
"Kereta kau dah la insured tak ikut market price, nk tambah lain2 coverage pulak.." 
Oh, aku baru teringat, aku sum insuredkn viva tu dgn harga paling minimum yg insuran blh buat.. maklumla org marhaen mcm aku ni selagi boleh jimat, jimat la.. jadi, tak payahla aku sibuk tambah coverage extra.. haha.. lame..

Baru2 ni aku pegi avon, tak pasal2 aku dpt tau aku da naik satu step ..apa nama title tu aku tak ingat.. tapi pasal performance aku buat sales avon, aku dpt anya english canister set.. hadiah selain canister set tu tak berapa nak teruja pasal biasa saja.. cuma canister tu ada sentimental value pasal aku tak pernah tau aku boleh sahut cabaran buat sales yg sebelum ni aku tak la berapa minat.. mungkin lepas ni aku boleh cuba jual avon kat dato nik pulak bagi mencabar kebolehan aku.. agak2 dia akan sokong aku tak?

Huh, pasal sales..tetiba je aku dpt tau kemungkinan besar kwsp akan naikkan based amount utk buat investment dari akaun 1..aku agak sedih kt situ sbb bila kita buat sales dan berurusan dgn org melayu yg masih muda..kita tau alasan kenapa kita susah nak close sales cash. Sbb, mereka tak leh nak fikirkan masa depan dgn pelaburan.. hoi hoi..bukan mengata..tapi rata2 org melayu mmg kalo tau ada saving rm2000 dlm akaun rasa tergedik2 dlm hati mau habiskan secepat mungkin.. jd cara lain utk secure retirement plan adalah dgn invest kwsp akaun 1 dlm unit amanah.. tapi katalah based amount naik 20- 30%, apa harapan masyarakat melayu supaya tidak merempat di negara sendiri bila dah berumur 50an? Takkan lps pencen masih mau keja security atau cleaner? Kemungkinan naik akan ada..cuma berapa % belum pasti..aku harap mereka ada alasan yg kukuh supaya tanggapan aku ni cuma tanggapan salah semata2..
 
Cakap pasal investment dan duit, ada sorang makcik ni tanya aku..sebulan aku dpt berapa? In term of gaji, biasa saja la.. in term of sales mcm public mutual, avon..kalo dulu aku jugak jual karipap pusing, dpt la dlm extra rm400 ke rm1000 sebulan.. baru2 ni aku register dia sbg downline avon aku..aku da siap kasik barang2 utk dia start.. dia ckp dia tak minat buat sales..tapi dah aku beria registerkn dia, dia ok kan saja la.. 

Faham tak kekecewaan aku dgn sikap skeptical org melayu mcm ni? Aku fhm dia susah..jd aku tlg dia..tapi aku tak boleh selamanya bagi cash saja.. aku perlu dia utk berusaha.. buat apa bagi ikan kalo batang kail boleh tlg bagi ikan in long run basis? Doa pn doa jugak, jimat pn jimat jugak..usaha mau dtg sama.. aku rasa nak kaya..bukan kaya raya tapi cukup la kereta viva tu ada minyak utk jalan, tng ada duit utk bayar toll, blh bercuti bila2 masa aku mahu..dan yg penting, aku boleh buat apa yg aku suka bila2 masa tanpa financial barrier.. susah nak achieve..tapi alhamdulillah, aku mampu dgn usaha.. aku tebalkan muka jual itu ini.. dan aku rasa berbaloi walaupn penat...

Tapi aku juga ada satu tip utk rahsia serba cukup ni.. senang je.. bersedekahlah setiap hari... apa yg kita beri, kita akan dpt semula dgn rezeki yg tak di sangka2... 

Minggu lepas, ada sorang kontraktor melayu yg sedang buat kerja2 maintenance meninggal di  wisma SDB jln ampang.. lemas sbb tangan tersangkut waktu buat repair water tank.. al fatihah utk arwah.. semoga arwah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman..


bila org tua merajuk..huduh sungguh perangai..

Semalam aku ajak bangpol lepak tido dlm bilik sbb aku tgk dia tersengguk sengguk mengadap tv.. atas dasar ego, dia suruh aku tido dulu..
Bila aku terjaga pukul 3am, aku sahkan mmg dia tertido depan tv.. jadi bagi menunjukkan tanda protes bercampur immature reaction, aku letak bantal2 dia di bawah, dan conquered katil sorang2..pagi2 aku keluar keja tak nak peluk cium tanda aku masih muda lalu fikiran mmg mcm budak.
Tapi bila aku balik, katil da kemas..bantal2 elok je..ekekeke.. pastu baru rasa insaf..isk, laki aku bukan sengaja pn tertido depan tv.. dok gaduh apa tatau...
Malam tadi beliau tgk tv sorang2 sampai lewat mlm..aku assume dia akan tertido d luar lagi.. jd aku terus conquer katil cepat2 utk keselesaan tido yg optimum...natijahnya, tgh mlm bangpol msk tido..dia kejut aku.. sudahnya aku pulak tak boleh tido.. ceh....

letih uols...

Hidup ni banyak sgt masalah... Masalah aku yg paling utama adalah malas.. Definasi yg bukan malas nk layan org..tapi malas nak kemas rumah..
Skrg pulak musim hujan..duduk d level 29 adalah ibarat tinggal di genting highland sejuknya...jadi kalo basuh baju..dari wangi guna comfort ultra..sampai jadi masam tengik pn belum kering... Sigh.. Rasa mcm mau hntr dobi jugak karang... Time ni dlm hati rasa mcm nk mendesak je bangpol bawak dryer machine ke sini.. Masalahnya mesin tu berat..mmg kang nk pindah batang kali.. Boley jadik gaduh gak tu sapa nak angkat menatang berat tu...jadi..redha je la baju bau tengik.. 
Pastu aku mmg tak apdet file bil2 rumah..bertimbun di meja..kalo org dtg mmg makan bentang suratkhabar la..hahaha...
Tatau jin mana mai smpi malas rupa ini..tapi yg aku tau skrg ni aku rajin study...hahahahhaa...gila ahh..baca note pmb mcm nak amek spm.. Maybe psl niat nk sambung master xsampai agaknya.. Ok,that is so lame excuse... 
Pape pn..aku rasa blm lewat nk ucap tahniah utk kak ninie yg selamat lahirkan baby aqil yg cumil. 

Yang Baik...dan Yang Buruk


mmg tada motip aku letak gmbr naik keta kuda di mukadimahnya.. ekekeke... tapi pasal jakon.. letak jugak... first time naik kuda la katakan... abaikan je muka debab aku tuh... tak effect langsung pada kuasa kuda..hahahha.. pada yang berminat, naik kereta kuda cuma bayar rm1 sorang utk 1 pusingan di taman tasik titiwangsa.. tak yah la expect pusingan tu sejauh 1km.. dia p dalam 300m je kot.. tak dan telan lioq, da sampai... 

Ok, ini adalah kisah bahawa minggu lepas aku laki bini ke giant dan ada new launch holiday apartment di cameron.. maka dua laki bini pn menggeletis la nak memiliki seunit holiday apartment itu.. dulu di melaka, time murah, kau sibuk tamau beli...skrg, time harga "masya Allah" baru terbuka bijik mata nak p beli.. Harga rumah walaupn kerajaan cuba utk reduce ke apa..aku blm nampak tang mana reducenya... yg aku nampak the price is getting higher n higher saja..Mekalau murah, sila la beli di zon jin bertendang.. siap pakej.. murah, freehold, kadang2 mmg bumi lot saja- saja... 

Back to this holiday apartment..harga dia rm307K..studio unit.. monthly dlm rm1300...jd kira punya kira, nak guna nama aku sorang maybe boleh lepas loan 90%..pasal aku cuma ada sebijik rumah dan sebijik kereta.. tapi masalahnya, dari kiraan demi kiraan..berdasarkan gaji aku, aku cuma mampu buat loan utk rm170k paling tinggi..itu pn lepas aku settlekan kereta viva.. nak combine dgn laki ku, otomatik loan jadik 70% pasal rumah ketiga.. oh, BNM sudah tetapkan utk rumah pertama dan kedua, loan adalah 90%, tapi kalau ketiga and onward jd 70% saja.. (kalo rumah 1 & 2 blm hbs bayar la). Jgn cakap la kenapa rumah kami ada 3..pasal rumah pertama bangpol adalah rumah yg ibu bapa mertua aku duduk skrg.. pernah jugak dlm otak jahat rasa mcm nak jual je rumah itu..hahahaha.. 

Rumah kedua adalah rumah yang kami duduk sekarang... dan kami akan berpindah ke rumah yg baru bila rumah tu da siap...skrg masih dlm progress work lagi.. rumah kedua ni, bila da harga naik sejuta, kami nak jual.. pastu mula la laki bini dok berangan..mekalau dpt sejuta nak buat apa.. pernah sekali aku ckp, kalo aku ada sejuta, aku nk buat kolam renang... bukan utk berenang tapi nak letak ikan bandaraya.. hahaha...mmg bongok... 

Jadi, impian utk holiday apartment di cameron terkubur.. aku balik muka cebek2.. fikir sampai sakit kepala.. agaknya kecewa..kecewa yg aku tak expresskn pada sapa2 kecuali bermain2 di otak... balik rumah otak pn sakit.. lagi sakit otak bila laki aku cakap "tak pe..tak da rezeki la tu.. mesti ada hikmah kenapa kita tak dapat beli rumah tu".. ok, mmg da ok sgt statement laki aku tu... tapi aku berharap beliau pn turut merasai kelukaan dan kekecewaan aku ni... tapi dia rilek aje.. jadi, utk puaskan hati sendiri, aku gigit laki aku.. dia tak faham kenapa aku gigit dia..jadi dia starlite (atau luku) kepala aku balik.. hahaha... 

Sabtu pegi kelas AMLA.. ahad layan cd sampai mau muntah.. pastu laki aku bagitau ada tanah runtuh di cameron.. tanah runtuh di sg ruil.. perkampungan org asli.. tatau la dekat atau jauh dari brinchang (tapak projek) tapi laki aku cakap mujur tak beli rumah di situ. ok, masa tu rasa lega... lega sgt... Pada mangsa 7 org, takziah pada keluarga.. 

BTW, masa aku g kelas AMLA.. aku duduk sebelah sorang kakak ni.. muka cantik lagi.. umo nak masuk 40 tapi mmg nampak muda lagi la... aku first time jumpa dia ni.. pasal kelas ni aku bayar.. jadi aku mmg agak focus... lagi pn bukan selalu aku focus belajar...hahhaa.. tapi this kakak is totally distracting. Aku tgh salin nota, dia cuit.. dia cerita pasal dia kena kacau dgn laki org.. mula2 cerita mcm nak ckp dia syg investor2 dia..kok sekali, dia ckp bini laki org tu dpt tau, teruk dia kena.. dia menangis 6 bulan.. almost setiap malam buat tahajud.. aku tanya dia, laki dia tak ckp apa2? Dia kata laki dia tak amek port.. aku rasa itu la puncanya.. kakak ni skrg terlibat dlm skandal dgn laki org again...n again..n again.. muka2 yg menjadi skandalnya pula adalah mmg muka2 yg mmg mengharap penyepak.. kau ada bini, kau sibuk nak menggatal dgn bini org lain pulak? yang kakak ni yg pada mulanya agak innocence..lama2 da jadik mcm nonsense pulak di telinga aku ni.. dan bayangkan 4 jam dok sebelah org yg sibuk dok pukul canang tiap2 malam tahajud, tapi menangis sbb putus cinta dgn laki org sedangkan dia ada laki.. apa aku buat? aku sengih aje la.. dia ckp aku dgr..nak nasihat mmg tak la.. aku tak da kuasa mengubah diri org lain kalau dia mcm takmau ubah diri sendiri.. dari yg aku dgr, leader dia pn da tegur perangai ni..tapi masih sama.. so, kau tak senyum je dgr? 

Moralnya..aku pernah dgr, kalau kita sembahyang, tapi sembahyang kita tak mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.. maknanya ada something wrong dgn amalan kita yg perlu di semak semula.. 





Atkin oh Atkin..

Hari ahad beli baju tido baru... jenis tshirt je..tshirt panjang..nak beli kat giant, mcm mahal sgt sampai rm17.90 sehelai.. sudahnya pegi night market, satu baru rm10! grab two.. unfortunately, baju itu muat2 saja.. tak rasa cam kuangja betoi lelemak ni..kemain susah ko nak hilang kn... cesss... maka terpaksa la mulakan induction utk diet atkin sekali lagi...no carb! burn fat..loss weight.... mujurla skrg tgh niat berpuasa...maka tak la terasa sgt tgh diet atkin... heheheh... boley? boleh la...

Doakan aku kurus mcm angelina jolie, hokeh?

Bai!

muhasabah diri sikit...

Selamat hari raya aidi adha! (walaupn sudah lepas...hehe)

Raya haji ni tatau la nak kata best ka tidak.. balik kampung hari Jumaat lps blk keja..walaupn sbnrnya aku plan malam tu lipat baju yang sebeban dan basuh baju yang dua beban itu.. hoho, cakap mcm basuh pakai tangan, kan.. nak buat camno...ni la pesen bini malas... hbs rumah sepah... Kali ni balik naik motor.. hati mmg cuak...dah la siang tu bangpol baru je jatuh motor.. jadi, nak cakap camno... sepanjang permulaan perjalanan, rasa sungguh alim.. pasal dlm hati dok mengucap, berzikir, mmg ingat Allah je.. sudah la dosa banyak ni.. kalau jadi pape.. ish..nauzubillah... Alhamdulillah, perjalanan selamat.. Terima kasih Ya Allah, sbb panjangkan umur kami untuk bertaubat padaMu... alhamdulillah...

Tahun ni plan nak korban..tapi kat surau kampung aku tak buat pulak korban..lupa lak pasal kenanga mmg ada buat.. cakap pasal korban..ni mmg nak cerita la ni... tak pa bukak aib sendiri..utk tauladan masa depan.. 

Sblm2 ni, korban pool kena bayar dlm rm250 - rm350 saja... tahun lps, rm350 camtu... jadi aku plan la nak buat korban tahun ni..kok sekali rupanya suda naik harga jadi rm450.. isk..dlm hati dok kira2..kalo aku sponsor laki aku, da rm900 lak.. adoi... jadi tak jadi, mmg tak jadi la... agaknya pasal aku start dok berkira dan kedekut kot..tu tak berapa mudah nak berkorban tu.. astagfirullahalazim... 

Kebetulan aku dgr IKIM..topik pagi tu..aku tatau apa..tapi ustaz tu cakap la.. yg lebih kurang.. bila kita kedekut, bakhil..maka Allah juga akan kedekut dgn kita... tak semestinya dari segi duit.. tapi, lbh kurang mcm, duit banyak berkepuk tapi cepat noo habisnya... agak insaf gak la sbb aku tiba2 berkira pasal duit korban...padahal, kalo aku simpan rm900 tu pn, bukannya boleh tolong aku kat akhirat nanti.. 

Tapi yang paling menyentuh hati aku bila ustaz tu ingatkan.. sedekah yang paling baik adalah sedekah di saat kita rasa paling bakhil.. dan sedekah yang paling sweet.. yg mulia adalah belanja org makan/ minum.. kenapa? sbb kalau kita sedekah duit fizikal, nanti kita akan kenang dan ungkit..maka hilangla pahala sedekah kita.. tapi kalau kita belanja org minum, makan..kita jarang ungkit.. ye la.. jarang kot jumpa org ungkit, "20 hari lepas aku belanja kau minum" kalau ada tu mmg rare lah... 

Tapi sedekah juga tak semestinya dgn duit.. kita boleh je sedekahkan Al Fatihah... jgn fikir org yg dah mati je kita patut sedekah Al Fatihah... Yang hidup pn boleh... jadi, meh kita amalkan utk sedekahkan mak ayah kita, suami/isteri kita, anak2 kita, saudara2 kita Al Fatihah setiap hari... mudah2an sedekah kita di terima Allah...

Sedekah paling mudah... tentu la senyum... tak susah pun senyum.. cuma putuskan 18+- saraf di muka utk gerakkan otot senyum... percayalah, senyum itu boleh membuat yang bengkok menjadi lurus... keh keh keh.. read: "a smile is a curve that sets everything straight" 

So kawan2... mari muhasabah diri... jom! 

Ini ahmoi.. ketika gambar ini di ambil, beliau baru je berusia 21 hari...beliau buka mata sebab terkejut ai gigit pipi beliau.. live in person, muka beliau adalah seperti kuih pau... gebu dan gemuk.. 







When thing ===> up side down..

It is a totally a month of STRESS! Thank you Google for this nice photo. 
aku rasa penilaian aku sendiri terhadap diri sendiri adalah:

~ Aku seorang yang agak lambat naik angin.. Tapi, masalah aku adalah, aku pendam dan dendam...secara teorinya, sama la mcm iceberg theory.. which look small in the surface but it we look further down, actually it is bigger than we thought.

~ Bila aku da start diam dgn seseorang, bermaksud, aku tak mampu / tak lagi mahu berusaha untuk ubah diri sendiri untuk berkomunikasi dgn beliau.. erti kata sebenar ~ Fedup!

~ Aku manusia yang banyak kelemahan.. tapi aku suka bergurau yg kdg2 dgrnya kasar, tapi kalau org gurau kasar balik dgn aku, aku terima sajalah... tapi evendo aku seorang yg ceria, tak la aku selalu happy 24 jam.. ada masa aku pn ada mood swing.. cuma tak tunjuk sbb kadang kala, bila mood swing, dan kita layan mood itu sampai org lain terasa impak, ia tak bagus.. sbb, org lain juga ada perasaan.. walaupn mereka tak minta kau jaga perasaan mereka..tapi muka kau juga main peranan dlm ini.. iye, mgkn muka kau tak mcm mariah carey bila senyum tapi setiap senyuman akan menceriakan org sekeliling.. sekurang2 kita menghargai setiap manusia yang ada di sisi kita walaupn kita cuma beri sepalit senyum... Tak susah mana pun...cuma gerakkan 17 saraf di muka utk senyum compare to putuskan 30++ saraf utk masamkan muka.. jadi..senyumlah!

~ Aku suka lupa letak tarikh... sbb itu aku under observation dlm ISO kali ni sbb TARIKH! ketahian apakah ini... ceh...

~ Tahu tak aku sgt suka helmet nabil dlm video nabil save the date?

Itu je... yang aku tahu, aku tension skrg... jadi, weekend ni aku nak hadapinya without brain.. hahaha...tamau pk pape... sekian..