Bila la nak matang ni...

Last week viva katak hijau kena langgar dgn budak praktikal yang baru sehari masuk GIS department. What a choi started here, darling! hahaha... Memula rasa sakit hati pasal dia lari at first..tapi mujur aku striker jaman 20'an dulu..aku kejar kot keta budak tu..perghh....bergoncang lelemak...Tapi dia kasik yakinkan aku yg dia akan bayar balik..so this week lepas laki aku dgn baik hati kasik pulus..maka aku hantar keta ke bengkel..nak ketuk dan cat yang budak praktikal tu buat dan ketuk bumbung sekali.. 

moral of the story, rajinkan diri hon sapa block keta anda or else, anda akan langgar sisi keta jiran parking anda yang tidak bersalah lalu anda akan mengeluarkan extra cost pula membayar gantirugi.. sungguh choi! 

Good thing is, since there is 2 big spots to be repair, then the price charge slightly cheaper! Thanks budak praktikal..tapi jgn ingat guek mau pesan "sila langgar lagi..." no no no! 

Konsep aku dgn budak praktikal tu pulak, u kiss u pay.. so, no grudge between us.. aku boleh lagi kot melawak dgn beliau.. aku rasa ramai kot tak boleh tahan mulut jahat aku nih.. kot yg tahan, kak ninie je..hahaa...hari2 aku laser pun dia rilek je..maybe beliau sudah adapt dengan lawak tak cukup sifat aku nih..atau beliau pura2 rilex tapi kemudian beliau memaki dlm hati? oh, apa la guna memaki dlm hati..maki je saya ini up front..baru puas hati.. alih2 aku tau apa kau fikir...nasib baik, aku tak ulang lagi apa kau tak suka pasal aku.. tapi kalau malu2 simpan saja la maki itu..mana tau boleh dapat pekasam? 

oh..berkenaan maki ini..aku faham yang orang melayu ini tinggi adat sopannya..jadi mungkin kerana itu, kita lebih suka mengata belakang dari terus kasik depan2..ntahkan kerana nilai adat sopannya yang tinggi atau kerana takut, susah nak di cakap. Tapi, kebiasaannya, aku rasa mmg org melayu lebih biasa cakap belakang, mengata berbakul2 dari terus laser depan2.. 

Anda keliru? tak yah keliru sangat la..ni aku tengah buat hipotesis pasal sorang budak yang susah aku nak tafsirkan kejumudan fikirannya. Kalau aku gunakan jumud, maksudnya, dari segi ilmiah, jumud ialah kaku..keras dok tangtu.. so aku samakan otaknya jumud jadi otaknya mungkin ada gangguan utk berkembang logik..maka apa yang dia digest semuanya keburukan saja.. sudah aku confess up front tidak juga faham2..mungkin tinggi sangat standard bahasa melayu yang aku gunakan..maka semua yang aku pernah sampaikan dulu jadi bingai di otaknya.. sudahnya..aku tak kuasa lagi nak melaser  depan-depan..confess or whatsoever..maka aku diamkan apa yang aku rasa tapi rasakan bila aku buat muka pada kau... sama la perasaannya bila kau buat muka tinja itu pada aku... bezanya..kau ada rupa cantik putih dan gebu tapi aku lebih parut jerawat saja di muka..owh..epik! 

Tak pa la dik...nak aku marah bukan2..kau cuma la budak hingusan yang belum matang fikirannya..dunia anda cuma negatif tanpa sinar positif dan optimis..aku doakan kau matang, baligh dan inzal secepatnya agar kau memahami yang apa yang kita alami hari ni adalah hasil perbuatan kita hari semalam kelmarin pada aku, kau dan mereka2 yang lain...redha saja la ye..

Utk aku pula, aku doakan semoga aku selalu la bersabar..tak panas baran..dan tak cepat melenting... amin...

Semoga malaysia terus maju! oyeah.... 

~oh, penutup itu mmg antiklimak~ 






belum ada rezeki... ye..betul...

Bila cakap camni..musti ada fikir aku nak cakap apsal aku belum beranak.. huh.. typical malay uols! Tak tak..aku nak cakap yang aku nak makan seafood puas- puas tapi belum ada rezeki lagi... hahahaa... 



 dalam perjalanan..jam kejap..ingatkan apsal..rupanya bas terbakar..terus dlm keta nyanyi "bas terbakar panggil bomba..bomba dtg berlumba- lumba..."
 




 tada motip..
 mmg tada motip..
 lala superb..nampak simple tapi dia la king of all the dishes..

 butter prawn yang tawar..tak rasa garam.. terus tada mood...
 kerang sampai dulu... tapi kerang la paling last habis..hahaha...epic..pasal kerang adalah terabai!





Saya tak puas makan seafood ni...pasal saya suka ketam..jadi saya harap dpt makan ketam banyak2..smlm pulak terorder ketam sweet sour..adoi..mmg tak kena selera..tapi sempat la makan sekor..a day before tu makan ketam jugak..tapi chinese style di bukit bintang.. thanks to mr amin pasal belanja kami makan seafood mahal dan sedap walaupun laki ai dok komplen makan ketam batu tak best psl kulit dia keras..tapi ai tak kisah pasal ai mmg suka ketam.. pasal mr amin punya seafood tu la jugak lead my husband to repeat makan seafood malay style di tepi pantai remis, kuala selangor.. Tapi selaku manusia biasa..tahap kesyukuran di parat manusia tak bersyukur..maka ai wish more seafood! hahahaa... mintak lempang agaknya ... kbai! 





Imaginasi luar kawalan....ggrrrrrr!!!!!

i am soooooooo stressssssssss!!!!!!!!!!
 
Kalau la ketika ini aku boleh jumpa seseorang di kementerian kewangan bernama Norliza, nescaya akan aku pergi kesana dan sekeh, luku hatta ketuk lutut beliau dgn berus gigi lima kali kemudian berlari anak sebelum beliau bertindak menjerit dan memanggil security guard utk menahan aku dari terus mencederakan beliau.
 
Kalau la ketika ini aku boleh berjumpa seseorang di sebelah sana bernama TAHA (read~TAbung HAji-----la sangat!) nescaya aku ingin nyatakan betapa aku ingin beliau uruskan hal-hal pensijilan ini sendiri

Kalau la ketika ini aku dapat berjumpa bang jijib..nescaya aku akan mintak tolong beliau jadik kabel aku, buat surat rekomen supaya aku jadik goverment servant pangkat lebih tinggi dari Norliza supaya aku pula dapat buat surat rekomen beliau di tukarkan ke jabatan kejuruteraan lanskap. 
 
 Dan jikalau la aku mampu dari terus berhenti merungut..dan sambung kerja dgn redha..nescaya aku akan berasa lebih sejuk dalam ekon ini.. 

~