new chapter.. yehuu!!

Satu pagi, aku buka mata..dan hari baru telah bermula.. Bersyukur Allah masih panjangkn usia kami sekeluarga untuk meraih masa bertaubat pada Nya. 
Baru lagi hidup sebagai surirumah.. kesihatan masih belum ok.. tapi nak pegi klinik tu.. alahai.. cukup2 la makan ubat.. dh rasa mcm badan penuh chemical dh ni.. tak pa..for the time being, aku amalkan infused water utk detox walaupn tak seberapa.. 

So ramai la yang call, sms dan whatapps tanya apa berlaku dan berikan simpati.. banyak yg bagi semangat. Siap ada yg bertanya mcm mana aku nk survive bayar itu ini? Keta baru beli.. rumah-rumah lagi.. Thanks for all who concern and asked.. Luckily, dari awal aku dan bangpol sudah prepare dgn money management system.. So, utk kereta, rumah2 dan superbike tu, insya Allah, sampai hujung tahun ni kami tak ada masalah utk selesaikan.. Ingat, the lesson here, please be prepare, just in case u lost ur job, make sure u can survive for at least 6 months. Alhamdulillah.. semua calculation memihak pada kami setakat ni... 

Planning masa depan, aku agak serik untuk bkerja dgn company melayu. Sebab company melayu ni banyak sgt politik dan isunya.. So, aku decide utk beri peluang pada diri sendiri utk bekerja sendiri selama 3 bln.. 
Aku akan start active semula dgn public mutual yg dh lama aku diamkn.. kemudian, aku nak focus dgn FGD dan online business. Aku dh jd agent butik online.. tp, baru2 ni ada kawan offer utk beli beg2 yg pernah aku buat dulu.. hey! Buat sesuatu yg kita suka dlm business adalah bonus, ok? Lagipn selama ni mmg aku pn suka jugak buat business cuma tak konsisten.. kali ni kena usaha dan lebih konsisten aje la.. Mudah2an Allah permudahkan jalan..

Pada yg pernah menjadi bestfriend dan menjadi punca semua kekusutan ini.. aku tak marah.. aku dh tak marah lagi.. dan aku dh tak da hati nak marah kamu.. elok la kamu uruskan diri kamu baik2.. aku maafkn kamu.. dan perbuatan kamu.. dan aku harap kamu maafkan juga kekhilafan aku.. kita pernah bersahabat.. ketawa suka dan duka bersama.. aku tak sangka kamu akan jd begini.. takpa.. aku harap kamu akan berubah menjadi yg lebih baik kemudian nanti.. 




Saba middle east cuisines

Al kisah,laki bini mana layan makanan arab.. Tapi, time abah dtg melawat kami di kl around last yeat,beliau telah memperkenalkan restoran saba, makanan arab..
Abah suka Mandy lamb khabsah lamb.. Nasi dia yang sedap tu.. Guna basmati.. Sedap baq hang..
Sejak tu,mmg kalo nk makan makanan arab.. Kami akan ke saba restoran,cyberjaya.. Branch setiawangsa pn ada jugak..cuma xsesedap d cyberjaya..

Salted egg squid and butter prawn Makan Station

Di KLSC Wangsa Maju ni banyak kedai makan.. tapi satu kedai ni, sah2 bukan kedai lain melainkan makan saja. MAKAN STATION. kalo nak pegi mengumpat, sila ke next station.

Kira kedai ni tahap kalo dpt gaji, baru g makan lunch sini.. bukanlah restoran mahal pn.. lunch set rm6.99 ada je.. cuma set2 beliau tak kena tekak dinda.. maafkanlah haku yg demand ini...

Favorite dish sini ada 2.. salted egg squid dgn butter prawn.. Kalo butter prawn rm22 sepinggan. Salted egg rm18.. pastu boleh la order sup daging sebagai penambah kuah..kalo tak amek je sup kosong free.. sup daging tu rupanya mmg out.. tapi rasa dia mmg superb...



Makan station located kat Jalan Wangsa Delima, KLSC, Seksyen 5 Wangsa Maju. Berdepan dgn Avon, belakang AMBank. Waiter dia adalah mamat bangla yang amat sopan.. akibat selalu nampak beliau, otomatik dia jd adik aku..pasal dia keep on calling me kakak.. fine..

Tapi seriously, sedap sampai menangis...


Roti bakar Transfer road, Penang

Aku bukanla suka sgt makan roti.. tapi roti di penang known as roti benggali is so difficult to get kat KL.. maka sekali dpt, mcm rasa heaven giler.. mungkin boleh makan gaya abam naz JJCM..makan sambil tutup mata fefeeling sedap gila..padahal kdg2 nan hado. hehe

Masa ride to penang end of march lepas, kami singgah breakfast di kedai roti canai/roti bakar di transfer road. Pandangan pertama tgk kedai adalah..kasihan... kedai ini ibarat serindit mati tercepit sbb kedudukan dia adalah di celah2 antara dua bangunan yg kalo aku tak salah dgr papagonz ckp satu bangunan tu adalah makam lama.. wallahualam..

Masa order, sbb dtg beramai2 satu batalion..maka time aney tu amek order, kena la pattern angkat tgn.. sapa nak roti bakar, semua angkat, aku pun angkat tangan jugak.. sekali kena marah dgn bangpol.. fine... muka cebik tapi eh, time makan lupa lak nak merajuk.. hahaha...

Suspek di percayai menggunakan roti benggali sbg roti yg dibakar, penyebab utama yang menyebabkan kami jatuh cinta dgn roti bakar ini..

 Roti bakar yang terus jadi pujaan hati geng ride to penang...



Roti canai dgn pilihan nak ayam ke daging..masing2 ingat kuah ayam atau daging..kok sekali.. hambek kau.. seketul dia kasik... 


Karipap ni mmg rare.. first time jumpa karipap dari spesis ni.. sgt jarang di temui.. hampir sebesar muka abam nuar..

Harga bai roti bakar pujaan hati adalah rm3.00 saja.. 
Roti canai dan ayam itu adalah tak ingat.. mungkin rm6 kot.. 
Karipap 3 ketul rm2 rasanya... 
(maklum le..bukan i bayar... hahahhaa)



sate tulang bundo kanduang senawang



Sate tulang ni kami eksaited nk cuba pasal dia kata tulang.. Otak laki bini dh pk, lidi sate tu adalah tulang rusuk lembu ke kambing mcm tgif tu..
Rupanya,dia adalah sate ayam dgn tulang2 dia di cucuk di lidi sate like usual sate.. Bukan pakai tulang rusuk ayam direct bakar..okeh..

Harga dia rm1.50 secucuk utk sate tulang,rm0.70 utk sate daging.. Sate lain aku tatau pasal kami makan dua jenis ni je. Rasa sedap melampau kecuali daging agak liat..

Sate tulang tu isi mmg sikit tp rasa dia sedap.

For those yg nk cuba..cara kesini senang sgt. Dari plus hiwey, exit senawang..jalan terus sampai jumpa giant senawang.. Kedai ni adalah stall tepi jalan yg dibuka d depan restoran bundo kanduang. Berdepan dengan ice room.

Tersekat di skala 5 bintang!


nasib si penunggang motor

Aku baru je blk dari motor riding ke penang.. Walaupn membonceng sepanjang perjalanan,tapi terasa jugak penat yg sampai timbul urat di kaki.. Kesian...

Akibat lama di atas motor,layan lap pn dh x berapa nk gerun dh.. Mekalau x,mmg agak ketaq2 lutut naa..

Banyak yg aku pelajari dari trip ni.. Dari aspek keselamatan, teamwork dan abg pol sbnrnya romantik orgnya bila di trigger.. Hahaha...

Tapi,cer fikir,d mana lorong motor d jlnraya2 kt malaysia nih? Selain federal hiwey,ada a few yg ada motorcycle lane.tapi d mainroad, jln bandar,jln biasa mmg tade jln laluan motor. Kereta,van dan lori pulak mana nk kasik chance kt motor2 d jalanraya.alasan,mat rempit. Eh,tp kalo pakai superbike,kau xpk rempit lak eh?

Plus hiwey kalo time jam,dgn emergency lane pn kereta mau masuk.. Hbs,motor nk lalu mana? Sudahla masuk emergency lane,kadang tu on the phone lagi.. Melampau tau sikap tak prihatin mcm ni.. Timbang rasa la sikit, jalanraya di kongsi bersama.. Motor pn bayar roadtax apa..

Tgk,uols dh bolot jalanraya, terpaksala naik motor d tembok je. Hahaha

focus dlm hidup

Huish... sudah lama tak buat public mutual..sedar2 lesen da terminated. Adeh... dah satu kerja nak kena mintak surat sokongan deenia dan dennis utk sambung lesen. Tak pe.aku akan buat pada bulan 3 nanti. Insya Allah..

Hari ni first time bayar ptptn guna online. Sudah banyak improvement. Kalo ku tahu service ptptn sebaik ini dulu...sudah ku bayar habis guna online.. tak yah semak- semak g kl sentral bayar kt kiosk. anyhow.. aku akan cuba hbskn ptptn by end of this year jugak.. 

Ok.. mukadimah ni mcm tak menerangkn apa maksud focus dlm hidup itu.. tajuk dgn jalan cerita mmg jarang selari.. contohnya mcm playboy itu suami aku.. awal2 mmg nmpk playboy.. hujung2 da nampak mcm lain mcm sikit.. tak pe..yg lain mcm tu kita simpan sendiri je.. 

Sbnrnya aku nak ckp..sebab banyak sgt tengok drama melayu kt tv recently..sedikit sebanyak kasik influence mindset jugak la.. aku selalu tgk pelakon berlakon, balik rumah, wow... hebat gila rumah dorang.. set sofa, kemasan dapur, bilik.. interior design yg tak pernah kalah la.. sampai every times pn aku mesti terfikir, bestnya ada rumah mcm tu.. bestnya ada decor mcm ni.. bestnya ada dapur mcm itu.. adeh la.. tetiba smlm masa aku balik..aku tersedar yg sebenarnya..apa yg dlm lakonan tu sbnrnya aku dh achieve pn.. At least bila balik rumah, aku boleh letak barang atas kerusi dining, landing di sofa, on tv, duduk d balkoni mengadap view bukit bukau selayang, tgk fire cracker almost every nite d bulan february dan berbaring d katil empuk setiap malam.. even the decoration might not as good as seen on tv, but at least, i owned it. and now, i am proud of it.. tetiba rasa nak tepuk bahu sendiri dan cakap, "tak sangka kau boleh berjimat dan beli barang sendiri" ku ingat kau akan tido atas toto just like the old day before... no tv, no dining set.yg ada cuma washing machine..hahaha...kesian... 

Tak pa... aku sekarang mcm risau bila rumah batang kali dah siap, kami tak ckp duit nak buat renovation.. kesian kn? duit dlm simpanan tidaklah seberapa.. kos pula makin tinggi... tapi yg pasti tema dapur nanti hitam putih pasal bangpol da admire sgt dgn design wak doyok depan rumah ibu.. mmg beliau buat cntik gila.. hitam yg ada glittering2 gitu. 

Skrg musim panas... dan sudah 2 hari hujan petang.. alhamdulillah.. harap2 kebakaran hutan dpt d padamkan.. kesian haiwan liar.. eh, betul ke bekalan air d selangor d tutup sebahagiannya? kalau betul d tutup demi agenda politik, saya doakan org yg terlibat, bertaubatlah.. politik hanya dunia semata2.. pinjaman.. tak perlu obses sebab in the end, those things will be asked..apo ekau nak jawap? Jgn aniaya rakyat marhaen yg tak berslh... 

Ok, sekian. 

Mempersembahkan... sambal bilis hijau, lala pedas menangis, sayur rebus, pulut panggang dan lepat pisang..
Gmbr mmg tadek kena mengena dgn post ini.. hahahaa

perempuan punya kisah

Sebenarnya aku agak frust pasal ini kali pertama aku hadapi situasi konflik tempat kerja.
Semuanya start sejak thun lps bln 7. Ingatkn bulan 12 sudah settle tapi taktau pulak aku yang rupanya mslh ni ambiguous.. Dan takkan settle kalau sikap aku dan rakan2 tidak berubah.
Aku tertunggu2 juga mesyuarat yg janjinya setiap bln nk buat supaya mslh sama tak berulang..tp kalau yg d atas sudah culas dgn janji sendiri.. Mcm x mgkn masalah ini cuba atasi.
Banyak isu dalaman yg patut dteliti tambah2 department ni sepatutnya yg menjaga kebajikan masyarakat..tp sbaliknya yang jadi,siapa yg mahu bersuara seakan d anggap musuh. Xkn mahu d kipas bontot? Mau d upgrade jd ekon? Maaf, aku patut minum kopi legakan tekak.

Untungkn menjadi pembodek. Bercakap seperti tak pernah silap tapi bila d halusi, banyaknya compang camping yang takut di luahkan si rakyat marhaen. Baru menegakkan hak sendiri,bonus d potong separuh! Sedangkan si punca, bersenang lenang hasil bodekan ekon jurus ke 8. Kopi aku sudah habis. Patut aku habiskan sekali nota aku d sini kah?

Ingatan utk diri sendiri.. Jgn aniaya org..

driver malaysia..

Rakyat malaysia ni mmg terkenal dengan kesopanan.. ramah.. suka tolong menolong.. TAPI.. semua sifat baik ni boleh ghaib sekelip mata bila di depan stereng.. apsal eh? genetik kah? masalahnya semua sama je.. melayu, cina, india, serani, asalkn org malaysia.. perangai semua sama je.. kenapakah? keliru mak, nak..


baca juga blog kak jue yang baru- baru ni terlibat dalam kes road bully di sini

Yang ni complication utk perangai malaysian driver:



CHANGE OUR ATTITUDE OF DRIVING... ok? ciow... 

Throwback #kenangan viva - si katak hijau

Kangkung! Mmg viral lah kangkung sekarang... sana sini kangkung... kopi kangkung (kokung) kangkung ice, kangkung sambal belacan apatah lagi... mujurlah negara kita masih aman... ~ sambil sengih mulut senget tanda sarcastic. 

Sekarang ni kena rajin.. rajin buat OT.. simpan OT2 tu dan claim bila tiba masanya.. awal2 tahun mcm ni la nak kumpul duit.. bukan apa.. dgn viva si katak hijau tu asyik meragam je.. haish... sampai satu ketika, aku skrg ni dah tak heran dh.. nak mati tgh jalan.. nak semput2 time jam.. huh... aku tanak service kau! puas hati aku... hahahaha... 

Tapi sayang jugak dgn viva hijau tu.. dari zaman hong leong beliau berkhidmat dgn aku... sudah hampir 6 tahun.. tahun depan loan pn hbs bayar... pernah satu masa dulu..waktu 2-3 tahun pakai viva, beliau semput teruk.. rpm mmg gila hbs la.. rupanya throttle body rosak.. ganti satu set.. lebur la rm700 time itu.. tp brother sorang tu penah ckp, sekali kau ganti throttle body sensor, dia mmg akan buat lagi.. so true.. total aku tukar sudah 3x wokeh.. 


Waktu kali kedua tukar, aku tukar sekali dgn part2 lain..total nak dekat rm2000.. baik sekejap..pastu dia buat balik.. sabar...sabar... kata nak pakai sampai jadi besi buruk... 

Kali ketiga aku buat dgn panel company.. dgn panel ni, hantar satu rosak, balik keta kat kita, 2 - 3 rosak.. mcm &**^^^* last2 hantar kat Ah Chai... tukar timing sensor pulak.. rm300 melayang.. time dekat2 lak tu.. bulan tu saja rm1000 tukar sensor si viva ni.. huh...berpeluh mak, nak! memang rasa mau nangis.. jual karipap dan avon 10 tahun pn belum tentu dpt cover duit tukar sensor sensi viva nih.. 

Ada jugak dulu time duduk di selayang mulia.. time tu kerja viva ni asyik la tayar pancit.. dlm sebulan dlm 2- 3 kali tayar pancit.. sudahlah masa tu agak miskin..sampai mintak derma kilat.. aku ingat kak ned dermakan rm10 kat aku utk tampal tayar.. tau tak, sbrnnya masa tu aku nangis sepanjang balik ke rumah.. rasa tak mampu sgt nak pakai kereta.. rasa mcm nak beli basikal.. tak pn naik motor je, senang... Paling sakit hati, balik kerja ok, naik rumah..turun balik nak pegi makan, tayar pancit! esoknya kak ani pulak nak pakai pegi exam.. masa tu pulak dah pukul 9 lebih mcm tu.. kedai tayar sudah tutup... menangis lagi.. hahahaha... masa aku nangis, bangpol gelak, wokeh.. fine. Esoknya kak ani bawak keta tu pakai tayar spare ke upm.. gila ah.. dia rempit 120km/j pakai tayar spare sbb beliau sempat sesat dan dah lambat ke exam.. 

Viva oh viva hijau... beliau accident free.. cuma banyak jugak yg mendajalkan beliau adalah.. kali pertama happen di apartment mawar sari.. aku parking elok je dlm kotak.. sekali keta tepi tu dia boleh gesel pastu senyap mcm tu je.. aku pegi rumah dia dan cakap psl keta tu..boleh dia ckp "ntah, adik saya yg pakai..dia tak cakap apa2 pn" last2 aku ckp, tak pe la.. keta saya kecik je.. sbb tu dia senyap tak cakap pape.. cuba kalo ko calar keta bmw.. mmg aku ketuk keta kau sampai calar 8x teruk.. lepas tu aku pn malas mau cari gaduh.. so maafkan je perbuatan jahat beliau.

Batu pernah jatuh atas bumbung viva..kemek! aku tak perasan..ain yg perasan.. hancur hati aku masa tu... nak claim insurance flat, dia cakap, kena buat more than rm1500.. dorang akan cover yang rm500, tu pn subject to management approval which mean, tak semestinya dia bayar rm500 kat kau.. sbb dia maybe bayar slighty lower than that.. so, menabung la dulu sbb rasanya tak berbaloi rm1500 utk ketuk bumbung keta tu.. baru je nak hntr g ketuk dan cat, budak praktikal pulak gesel keta aku.. calar bumper tepi belah depan.. tragedinya, dia gesel terus blah.. aku kejar siot keta tu.. siap amek matrik card budak tu.. hey, berani kau touch n go.. dh la kau praktikal kt opis aku ni je.. dari nak mengecat dan mengetuk bumbung saja.. terus buat bumper sekali.. jadi la si viva mcm baru... bersinar memancar2.. budak tu kena bayar tak silap rm280 mcm tu.. 

Satu hari tu, abgpol yg bawak keta.. nak ke rumah mak dia.. kat persimpangan traffic light tu, keta tetiba berenti.. tapi aku mmg dh nampak keta depan2 dah nyala 3rd light brake.. cuma pattern bangpol ni apa pesen tatau, dh dekat baru nak brake.. last2 satu motor ni tak sempat elak.. terus langgar lampu belakang bawah lampu signal.. lepas langgar, terus pecut.. memula aku fikir, tak pe la.. nak buat mcm mana kn.. pastu terus pegi snr, ingat nak ganti la lampu tu.. ceh, sekali harga 1 lampu rm260! terus aku tak redha mat motor yg langgar lampu keta aku... mmg terus otomatik mencarutkn si motor itu.. harap2 motor dia hilang semua lampu.. hahahaha... apa pesen sumpah da?? Lampu belakang tu sampai sekarang aku tak ganti lagi.. bawak balik kedah, abg aku pegi salotape.. sampai kl aku bukak pasal salotape tu dah berwap.. bawak balik kampung, bapak aku pulak salotape lampu tu.. ok, fine.. sampai sekarang remain, lampu with salotape.. hahaha.. 

Banyaknya kenangan dengan viva si katak hijau... setelah hampir 6 tahun.. mungkin tahun ini adalah penghujungnya.. mungkin juga bulan ini atau bulan depan bulan terakhir bersamanya.. dia bersama2 masa aku redah jammed di jalan raja chulan.. susuri parking lot haram di lorong belakang wisma mpl.. bersama2 ketika di cimb di menara southern bank, damansara heights..pernah susah sampai share rm20.. rm10 isi minyak, rm10 makan.. 

Tak pe.. aku tak la sedih sgt...








media social

Rasanya dh lapuk kot facebook, twitter, ig etc.. semua org ada account media social. Termasuklah budak2 hingusan darjah 1 sampai ke umo yg tahap dewasa2...
Sepanjang aku kenal laki aku dari zaman aku mengorat dia..eh? Silap... dari zaman bercinta sampai la ke zaman dh berdua ni.. beliau cuma ada yahoo mail, myspace dan ym saja. Sungguh tak it savvy beliau nih..
Recently, kengkawan opis beliau buat group wasap..tema hanya utk lelaki2 technical sdb saja..pasal beliau pakai nokia cap cokia2 yg tak android, maka tertinggal bas la encik ni.. muka cebik2 tanya dgn inesen kt aku
"kenapa hp sy tak leh install wasap?"
Penuh jujur aku cakap henpon dia tak canggih, terus merajuk, jalan hentak2 kaki terus tido.. agaknya beliau pk bangun tido terus dpt hp canggih agaknya.. ekekeke
Then kami pn beli la tab 3..dgn internet 24jam-ban.. sbnrnya tab tu mmg utk dia pakai pn.. tp pasal besar bapak.. maka dia cuma guna after office hour je.. tapi, perubahan selepas beliau ada grup wasap...

asal makan je...amek  gmbr... eh, mcm kelakar tgk beliau mesti amek gmbr dulu.. kalo x amek gmbr sblm, selepas mkn pn boleh.. .lepas pinggan licin.. ekekeke...







Luckily,  beliau masih beliau masih belum ke tahap camwhore addicted. Heheheh

Tapi plg tak best, mekalau dh chatting dlm grup wasap tu, mula la beliau dlm dunia beliau saja.. gelak sorang2.. dh bini dia kt sblh mcm invisible saje..

Memula aku perli.. aku cakap sorang2.. lama2 dia faham kot.. so, bila dia chatting, tak la mcm dulu.. sampai aku mcm dh tak wujud di sblh... skrg lebih balance.. jd, dia akan chatting, tapi masih focus dgn live chat dgn bini dia.. haaa... lagu tu laa... baru bini x kecik hati naaa...

Tapi aku pn suka baca balik apa yg dorang chat tu.. ye la, mesti la nak tau..apa yg lelaki2 ni bualkan.. mcm kt opis tak jumpa.. mcm harus sgt berkomunikasi 24jam-ban...

Tapi chatting lelaki2 ni kelakar dan lucah.. tapi yg penting, mereka mmg free from mengata, memfitnah dan mengeji org.. they just talk about themselves! How interesting...? Hahahaha.. cuba kalo grup pompuan..confirm agenda dia adalah mengutuk org.. aku tau la pasal aku pompuan..hahahaha..

nah, ni gmbr2 yg dorang share.. k bai!