Lost in the jungle with George..

N3 di 1 march 2012...! Alhamdulillah..aku masih hidup..masih sempat bertaubat untuk semua salah silap..masih bernafas..bla..bla..bla...in the nutshell, alhamdulillah...Thank you, Allah atas RahmatMu..

Kata kak yana recently aku cepat sejuk..ekon bukak biasa2 saja dah menggigil.. ekceli..the truth is, aku mmg tak makan ubat da almost 2 minggu..jadi, aku cepat sejuk..panas baran dan sedikit murung.. Tapi aku ingat orang lain takkan perasan kemurungan aku pasal orang akan pk aku happy 24jam.. macamkan manusia yang hidup tanpa masalah. Sungguh fake..pasal aku agak tak happy recently..

Reason tak makan ubat..pasal busy pindah rumah..floor map dah bertukar..jadi, rutin yg biasa aku buat waktu pagi da jadik clumsy sikit..super letih pindah rumah..Honestly aku lebih suka packing barang dari unpack eventho da dengar 2 org ckp unpack is easy rather than packaging..ia mudah kalau bangpol tak fussy..tapi pasal beliau sgt la fussy tahap mintak lovebite tak manja, jadi aku agak fedup nak mengemas.. so mode rumah: bersepah macam tongkang..kemas sikit2 dengan harapan esok pagi celik mata, rumah da kemas macamkan ada maid bunian yang dtg tolong...dari situasi ni aku faham yg pengaruh cerita fairy tale time kecik mmg tak bagus..tgk hasilnya..aku da terpengaruh sampai da tua bangka ni pun..cessss...

Hasil pindah rumah jugak, aku rasa aku da rosakkan vacum Oku San No..

Oku San No, aku suka sama kamu..pasal kamu pandai berdikari sendiri walaupun awak kurus dan saya selalu terpaksa buang sampah dlm perut kecik awak tu selepas 10 minit awak bergerak sendiri.. oh, kita terpaksa berpisah.. RIP Oku San No! 

 
 Thermo pot Pensonic saya juga turut terkorban dalam perpindahan serba ganas ini.. 


 Pasal arini harijadi saya yg banyak tahun...semalam buat kek sendiri..nutella mug cake..teruja pasal first time buat cake..patut pakai microwave aje..aku hentam pakai oven.. the most pathetic moment is, eating my own homemade cake for my own birthday at 12.30am...alone! pasal laki aku pukul 11.30pm da tido..ceh... 

Minggu ni nekad nak pakai heel..hahaha...rasanya lebih tinggi sedikit..dan presentable dari pakai selipar rm16.00 beli di NSK selayang..pasal heel tinggi 2 inci, ramai nak cuba tapi tak muat pasal size heel tu nampak je besar tapi sebenarnya cuma size 4.. da macam kasut cinderella... hanya cinderella je muat.. perrgghhh..kalau dtg perasan dlm diri..mmg ayat yang terkeluar pn mcm mintak lempang sedas dua.. 

Bulan ni juga nak start buat scalp treatment utk hapuskan ketombe.. tau ketombe tu menatang apa? sila rujuk Pantene anti ketombe.. pasal kau la pantene..aku kena buat scalp treatment.. cesss...mmg ai dislike you forever..kita break! kata aku kepada Pantene.. (org murung mmg suka cakap dgn syampoo..tak caya? sila murung..) 

Dan apsal aku hapdet mcm2 ni? ooo...lopa..aku ada banyak masa nak membazir mcmkan tadak keja..semua ni pasal aku da hasut bos jgn dtg keja pasal beliau food poisoning...kasihan beliau.. get well soon, boss! 

Lastly, pesanan untuk diri sendiri..

"Selamat hari ulangtahun ke 29" 

Harap angka ni cuma untuk hari ni saja..esok revert back to 25! 

ok, bai!

Jack Black punya cerita

"kita kena nasihatkan si Malek tu, geng" 

Ahli geng tengok muka Jack Black dgn serius. Jack Black bukan nama sebenar beliau pasal Jack black adalah nama dalam lirik lagu Joe Flizzow 'untukmu' yang sungguh kelaut.

"Masalah Malek tu bukan boleh settle dengan nasihat je, Jack"

Ahli geng memberi ayat provokasi juga dengan nada memprovok supaya Jack Black terus membentangkan hujah plan nasihat jangka panjang yang beliau rangka untuk misi selamatkan Malek. 

"Tapi kita boleh cuba..." Pause ayat untuk kasik effect suspen..

"Kita patut culik Malek sehari dua, pukul sampai lebam, masukkan dia ke ICU dan sedarkan bini dia yang Malek lebih rela di pukul dari di kongkong bini"

Jack Black senyum bangga selepas meluahkan idea di luar kotak beliau. 

"Jack, masalah Malek, takut bini aje pun.. takkan sampai nak ke ICU? Apa gila nasihat jenis puaka macam ni?" 

"Ke kita patut culik bini dia je?" Jack Black mula ragu dgn usul sendiri.

"Jack, masalah takut bini ni masalah yang unik dan komplek. Tak semua masalah takut bini boleh selesai dgn cara nasihat versi saiko mcm yg kau fikir. Dan tak semua masalah bini bini tak takutkan suami ni tak boleh selesai. Kau faham aku cakap?" 

Jack Black diam, tak angguk dan tak geleng. Dia cuba digest apa ahli geng cakap tapi dia malas nak faham. Pasal dia fikir, ia adalah tindakan yang tidak adil untuk tidak menerima usul paling kreatif dari beliau. Jadi beliau lebih memikirkan tentang bagaimana untuk memahami ahli geng yang tidak memahami niat murni beliau demi menegakkan keadilan geng mereka, Malek. Ia adalah sangat tidak adil.. 'ini tidak adil ...tidak adil bagi ku..' nyanyi Jack Black perlahan di dalam hati..

"Jadi...."

Jack Black berhenti bercakap bila terdengar namanya di panggil. Lalu dengan pantas meninggalkan pagar pemisah antara rumahnya dan rumah ahli geng dan meninggalkan ahli geng seorang diri begitu saja.

Antara sayup dan tidak sayup, ahli geng dapat mendengar suara tinggi Jack Black dari dalam rumah

"Sudah, abang dah siap sidai kain. Mana lagi baju nak lipat, hah?!"



Realiti

Timah tengok keluar tingkap, merenung matahari senja. Seperti selalu, sejak setahun lalu. Timah cuma akan beredar bila Ramjan pulang bersama Siti. 

* * * 

1 message received
Timah senyum lepas membaca SMS dari Ramjan. 
Walaupun berjumpa setiap hari tapi Timah akan tetap berbalas SMS dgn Ramjan setiap hari, tanpa jemu. 

* * *

Timah membelek kalendar
Setiap hari pada 12.01am, Timah akan segera menconteng kalendar menandakan hari yang di tunggu semakin tiba..

* * * 

"Aku terima nikahnya............." 
Timah tersenyum bahagia..akhirnya dia menjadi milik Ramjan

* * *

"i have enough trying..but we will never make it. This is all mistakes!"

* * *

"Aku terima nikahnya..."
Timah tersenyum kecil namun tak mampu membendung airmatanya dari tumpah apabila Siti berbisik halus ketika bersalam dengannya 
"am gonna get rid of you..i will" 
Siti senyum seolah menyindir

* * *

"i have enough trying..but we will never make it..." 
Kata- kata Ramjan masih terngiang2 di fikiran Timah. Dia sedar, hanya dia seorang berusaha untuk kekalkan kebahagiaan rumahtangganya. Ramjan sudah berputus asa selepas lima tahun berkahwin, namun mereka masih belum memiliki zuriat.
Timah masih mampu bersabar bila Ramjan di tangkap khalwat bersama Siti malah mampu menyaksikan pernikahan mereka. Namun sikap Ramjan setelah berkahwin dua benar- benar mengecewakan Timah. 

* * * 

"Aku ceraikan kau dengan talak satu.."
Timah bersenyum. Akhirnya setelah hampir setiap hari bertengkar, Ramjan lepaskan juga dirinya. Timah menarik nafas lega..

* * * 

Timah merenung matahari senja sambil mengusap perut yang kian membesar. Terasa denyutan halus dari dalam. Terasa kekuatan yang menyusup entah dari mana. Seminggu selepas Ramjan melafazkan cerai, Timah mendapat khabar gembira yang dirinya sedang hamil dua bulan.

* * *

"Hidup mesti terus, nak.. "




It's time to move in!

smlm..sepatutnya amek halfday...tgh hari g keja..unfortunately, since semalam aku muntah2...plan nak mc..tapi tak g klinik pn..tak larat dan malas..jd.. teman bangpol di rumah baru buat final touch.. dia keja, aku duduk goyang kaki..sebijik mcm bos2 zaman dolu2 dlm filem melayu.. 

smlm pasang grill pintu dan tingkap dapur.. seriously, aku menyampah tgk rupa grill itu.. peten org kedekut besi welding.. letak hujung sini secalit..letak hujung sinun secalit...kasik ala kadar cukup2 utk lekatkan end to end connection aje.. konsep bersederhana gitu.. mcm kn kos beli grill tu mcm beli pamper..pakai buang.. jd faham tak konsep aku marah sambil perli nih? paham tak?? walaupn encik abu si pembekal grill konpem tak baca blog aku..tapi percaya la.. aku ingin kau tahu.. sekian..

kemudian pasang kipas kedua di living hall aka dining area.. dan juga pasang kipas UFO di bilik kedua.. oh..bangpol juga sempat tunjukkan kehebatan beliau memasang lampu di master room dan LED light di balkoni.. sungguh HEBAK dan LAZAK... aku buat apa? aku tengok aje bangpol buat keja..tapi da tak goyang kaki pasal tak larat nak goyang kaki dah..gila apa goyang kaki sampai satu hari? bos2 filem melayu zaman dulu pn reti berenti goyang kaki lalu belek2 file tanda mereka perlu buat sesuatu utk buktikan mereka encik bos filem melayu.. jadi aku patut berenti muntah dan makan asam.. pergghh.. sungguh mengujakan.. sambil makan sambil nyanyi lagu SOKO sampai kena marah dgn bangpol pasal nyanyi lagu berhantu tu..

 pasang frosted glas...
 Uncle India yang macam mabuk tapi tetap komited keja..
 Pelakon extra yang tadak kena mengena.. part 1

 Aksi yg tadak kena mengena..part 2

 Encik abu dan jaji sedang buat aksi skeptikal ultraman "I fire u.."
Jaji potong tangan encik abu..tapi yg terpercik bukan darah..tapi api..hebatkan??

Bangpol sedang menunjukkan kehebatan beliau...

  Lalu kami renovate rumah jadik GYM! hahaha...tipu..ni gym kat bawah rumah...

 Kipas di living hall
 Lampu dan kipas peveret ai di master bedroom
Paling epic...balance duit yg tinggal selepas renovation.. sekian

Minggu ni buat cleaning... minggu depan angkut barang.. oh, sungguh penat tidak terkata... nak upah mover, tatau duit balance spt di atas cukup ke tak...sob sob sob... ke dorang terima bulu hidung as payment method? 



RIP Whitney houstan

Perbualan laki bini di pagi sabtu


Bini : Whitney Houstan dah mati...oh sungguh tak sangka..
Laki: Oh... (sambil letak tangan atas dahi dlm posisi baring...)

Beberapa minit lepas tu.....

Laki: Whitney Houstan tu sapa?
Bini: Ceh...

merapu..

smlm smlm..ada keta jiran aku tapi tatau rumah mana (pasal dok flat) follow rapat keta aku kat belakang.. pasang lampu tinggi..cucuh cucuh angin macam kan jahanam punya perangai.. tapi aku cuma balas dengan bawak keta selaju 20km/j di jalan mendaki bukit itu.. si penjahanampunyaperangai ni mmg agaknya jenis suka-kena-maki type of person, beliau potong, pastu tiba2 berenti di tepi kemudian bila aku dah lepas, beliau kembali memandu di belakang aku kali ini dengan aksi lebih celaka..hahaa.. dlm otak.. "mana kau parking? meh aku nak baling batu kat windscreen keta WEE 9889 kau tu.." tapi lepas aku parking, naik atas, jumpa laki aku...bersiap2 pastu kami keluar tgk wayang citer "journey 2 - the mysterious island"..

Semalam, lalu dekat exit Sg Tua depan Kuil Murugan Batu Caves, tgk jalan dah bertimbun sampah.. dalam hati "i should blog this..i should snap a photo and put it on facebook" Tapi lepas lampu isyarat hijau, aku terus jalan ke Symphony height buat kerja2 scrubbing sampai Isyak.. lepas tu lepak minum dgn asben yang end up kami sempat makan bihun goreng dan sup sayur juga...

Pagi tadi, masa jalan nak masuk ke area opis, aku kasik signal nak masuk..badan da almost sekerat tapi suddenly MYVI HITAM WVC 8144 tukar fikiran tak kasik aku masuk lantas dgn bangangnye dia pecut ke depan sampai nyaris2 bergesel.. ini bukan lagi versi aku bercakap dalam hati atau dlm otak..tapi dengan lancar aku tuturkan "bangsat punya perangai...da la gemuk..melayu lak tu..tangan berparut2..tak hensem dan dah pasti perangai pn busuk.." (ayat tu sudah di sensorkan..padahal yg aku ckp lebih melampau dari itu..sekian) ..jadi aku pecut..tgk muka lelaki baju biru gemuk itu..pastu potong depan sambil gelak puas..
lalalalalaa..i wish i own all road in Malaysia.. or be a traffic officer pastu saman semua yang aku tak suka... 

Dah, bai!



cuti version no 2..

Aktiviti hari ketiga ni aku mcm blur dan tade arah tuju..pasal mmg tatau kat mana lagi nak pegi di sini..so ptg tu ajak kak ani dan mak join kami ke bukit larut.. sekali Daniel dgn Aleeya pn nak ikut.. Oh, i sgt la eksaited nak ke bukit larut pasal da lama tak hiking..tapi kali ni tak la hiking..niat nak naik jeep saja.. malangnya kami cuma dpt tenung jeep2 itu pasal "tiket habis utk hari ini"
FYI, sapa2 nak ke Bukit Larut aka Maxwell Hill dan nk naik jeep, sila tunggu depan kaunter seawal 6.30am.. seriously..no joking.. pasal jeep yg ada sgt limited..trip is every 30 minutes..and last trip dia pkl 5.00pm..start at 8.30am mcm tu..So kami pn cuma berlegar2 di kawasan bawah aje la...




Lepas dikecewakan oleh Mr Maxwell Hill, kami ke Kuala Sepetang..nak try famous mee udang yg masuk Majalah 3 tahun bila ntah.. Ada pilihan RM8 (Udang bela) RM10 dan RM12 udang laut.. Malangnya udang laut habis..so kami makan RM8/pax mee rebus kecuali bangpol pasal dia makan kuetiaw rebus dan mee goreng..


Esoknya, dgn harapan yang belum putus, kami ke Bukit Larut lagi.. Tapi...kami tetap frust.. tiket habis seawal 7.30am!

 Muka frust...
Dah tu takkan nak sia2kan macam tu aje kn cuti yg ada..so kami cadang nak ke Pangkor...hahaa.. dgn sehelai sepinggang..kami gerak ikut jalan lama ke Pangkor..



Malangnya....orang terlalu padat.. packed like sardine! Sigh.... kiciwa... kiciwa..!

Pehtu kami gerak ke Teluk Batik pulak...kami almost give up pasal jalan jem sejak dari simpang masuk...luckily laki ai yg drive..hahahaa.. dlm give up itu, kami u-turn..tapi fortunately jumpa parking..so terus parking, dan jalan..orang penuh! mcm citer Piranha time dorang tatau Piranha tu ada.. ok...imaginasi ai melampaui batas hek? hahaha..



Naik bot..RM5/pax dan pakcik bot yg baikhati kasik chance soh posing bawak bot...ke sebenarnya dia da penat bawak bot jadik dia soh lelaki2 di situ takeover? hmmmm......

Cuaca sgt panas kat situ..so lepas naik bot..kami jalan2 kat stall di situ carik seluar mandi bangpol..takyah mandi laut pn takpe, senah..jalan2 kat situ pn da mandi peluh yg sama masin mcm air laut.. sekian... 
Pasal seluar yg kami cari tak jumpa, dgn kiciwanya kami nak balik..tapi aku yg kena drive..whhhaaaatt???? ye, ai drive...bangpol senyum je duduk di tempat co pilot.. Jem wokeh? jem! 
Balik tu cadang nak ikut jln lama tapi tak jumpa simpang yg betul jadi kami da terikut jalan jauh sampai ke UTP, UiTM..sudahnya kami kuar ke Simpang Pulai, naik Highway balik.. holaa... dah jalan jauh... huhuhuhuh...
Sampai rumah dah lewat petang...so rehat2 kejap...aku kena tidur...tidur...dan tidur pasal malamnya nak gerak balik ke KL pulak... sob sob sob..
Dalam kol 11pm mcm tu kami gerak balik... memula bangpol drive..tapi cuma sampai tepen aje.. lepas isi minyak aku pulak drive..bangpol tido... 

Sepanjang perjalanan aku drive tu, aku keep on repeating dgr lagu SOKO..

Pasal da ulang2 kali dgr lagu "i'll kill her..i'll kill her.." mata pn da start ngantuk...aku plan nak tukar driver... di suatu tempat..PLUS hiwey..aku ingat sebelum Ulu Bernam...ke Ladang Bikam..tak sure.. aku nak kejut bangpol..jadi aku toleh ke kiri..elok toleh je, aku bertentang mata dgn "sesuatu"... yu tgk ai, padahal ai nak tgk asben ai.. ceh...meremang bulu roma... terus tgk depan..ilang mengantuk semua.. luckily aku tak hilang focus memandu..keta msh jalan lurus..alhamdulillah..kalo tak..sure da terbabas... 
Aku drive sampai nampak tempat rehat...berenti..g toilet pasal rasa seram sampai nak terkencing..dah settle, masuk balik keta...drive sambil dgr lagu yang sama..ceh! 
Bila aku cita kat bangpol time da sampai KL, bangpol ckp "itu mebi hantu yg mati kena bunuh..pastu da awak nyanyi lagu tu manyak kali...dia pn saspek awak la yg bunuh..." ceh...sungguh tak menyedapkan hati...



bulan lepas bulan bercuti..bulan ini bulan bizi..

Bulan lepas time cuti raya cina, kami laki bini da plan nak balik kampung bercuti.. ok..frankly, i do the plan while bangpol are forced to follow my plan..err..eventhough he is the only financer (he will always be my banker, creditor etc..hahaha)
hoh, bukan senang woh nak balik kampung..da la tahun 2012 ni raya kat gombak..hah, nanges la macam ni..sabtu ahad sepanjang tahun ni kak ani ada di rumah kami pasal dia ulang alik kelas.. haa...merembas airmata kak senah akibat rindukan ibunya.. ok, sekian laporan sedih cik senah.. (lempang kang! larik topik nih..)
Orang cina raya, ai lak y eksaited nak balik kampung..pasal bangpol kena paksa jadi beliau paksa ai fikir nak pegi mana dlm trip nih..siap majuk2 pasal ai kasik respon "-----------------" setiap kali.. comel la you ni darling..majuk2 manja kunun..lempang kiri kanan baru tau..
Khamis malam jumaat tu kami da bertolak ke utara..destinasi pertama..nak ke perlis.. ke rumah kak ani.. demi.. oh..sucinya perkataan demi itu.. ok, ai sambung... demi mengepow kak ani belanja kami makan seafood sampai muntah.. suci kan? hahhaa..puii! Bergerak dari KL pukul 10.30pm mcm tu..jalan lengang.. bawak keta lek lek je.. 80kmj..hasilnya...selepas 7 jam kemudian.. kami sampai ke Kangar.. perasaan dia..super mengantuk..
Jumaat ~ aktiviti pertama..makan tgh hari.. aku makan gulai ikan keli. Owner kedai cakap itu ikan keli padang.. selaku org y ego tinggi, aku angguk2 je.. pas makcik tu pegi,

ani cakap .."padang tu bendang la..sawah..yu know sawah?"  

Tapi aku rasa sama je..takde la pulak bezanya dgn keli2 yg aku biasa makan.. ok..so lame..
Pas makan..g Padang Besar...please take note, padang besar is not a football field full with stall or hawker..pelis ok? pasal bangpol fikir camtuh.. ekekeke..sungguh tak Googlesavvy..hahaa.. ni rupa Padang Besar Perlis.. (sumber google) 

Barang2 dia sama je harga dgn harga barang di Masjid Jamek, Jalan TAR etc..

Pastu g Mas Kerajang di sempadan..perggh...sungguh teruja pasal ada pemeriksaan kastam.. oh..sungguh Jakun... tak pe.. yang penting, time nak kuar mmg lancar... time nak masuk balik..adeh la..kastam kena check keta..siap kena bukak bonet... jem wokeh? jem...



Kami beli selambakan coklat di sini..

Niat ke sana cuma nak beli ferrero rochee..tapi tade..jadi terpaksa la aku pow bangpol beli coklat lain..
Lepas ke sana, kami sempat singgah tengok Ostrich..time nak amek gmbr ostrich tu g berak lak...ceh.. takkan malu bergambar sampai terkencit kot? err..pendek kata, situasi itu sangat 'menghiburkan' pasal Ostrich itu berak dgn jarak 2 meter di depan aku...

"Mr Ostrich, you are so whatever...sbg balasan, tanak letak gambar yu di blog ai.." 

 Lepas itu...kami ke Kuala Perlis pulak.. seafood time!


masa makan seafood di Kuala Perlis..

Adakah anda fikirkan yang ani..ye, kak ani ku itu..akan membawa kami ke regular stall dia selalu pergi? iye..tepat sekali...


Adakah anda fikir seafoodnya fresh...? rare dan lazat?





Ok, sebenarnya, kak ani mmg mempunyai deria rasa y 'superb' pasal makanan.. hahahaa... (read: dia mmg tak pandai merasa makanan langsung!) Kami pegi kedai no 13 kalo tak silap..so menu ptg tu, mentarang rebus (first time makan mentarang...lepas ni kompen tak makan dah...hahahhaa) ketam masak rempah, sotong goreng tepung, udang masak merah.. yg lain sumer betul kecuali dpt mentarang bakar.. Bakar pn bakar la... Sedap ke tak? err...to be honest...masakan dia tak sesedap mana... tak sedap sgt kalo nak compare dgn seafood di Jeram, Selangor atau di Air Papan, Johor atau di Parit Buntar, Perak..

Time nak balik tu, makcik kedai tanya kat bangpol.."sedap ke?"
Bangpol jawap "kurang sedap tapi bolehlah.."

sorry makcik..beliau mmg telus..sure makcik nyesal tanya kat dia kn? Lepas makan, terus balik Parit Buntar..kampung den yang dirindui selalu...ekekeke...

Esoknya kami ke Bukit Merah Laketown Resort..So much fun!

Taktik nak cegah laki menggatal..sila pegang beg bini anda yg berbunga2..hahaha

 Wajib buat setiap kali masuk theme park etc..baca peta supaya tak lost atau terlepas tempat2 menarik..

 Lepas beli tiket RM49/pax, naik chairlift dulu...

Ala2 keta cable di Genting tapi buangkan keta...yg tinggal cuma kerusi saja..sekian.. 

 Tiang kerusi cable aka chairlift

 Fully utilized..atas bawah..org mandi di bawah..kami lalu atas.. hehehe.. mujur kasut tak jatuh..

Destinasi chairlift ni ke the other part of this theme park yang ala2 zoo.. ada banyak binatang termasuk wolverine etc..
 Mr Wolverine "i see you when i see you"
Bangpol "now you see.. eyes to eyes.. and i can do this like forever..hahahaa"
Keputusan main mata..bangpol kalah pasal bini dia mengamuk lama sgt dok tenung minatang ireng itu..


Kami pegi ATV..yang in the end aku tau, brader tu tipu duit kami RM90 pasal dia tak kasik safety gear pun.. Dah tu siap aku pakai selipar jepun pn dia kasik..

So lepas ATV yg punah, kami masuk main air pulak..tak bawak kamera tapi yg penting, pekerja di Bukit Merah Theme Park tu semuanya sgt peramah, customer oriented dan sgt bagus! Sunway lagoon, desa waterpark etc, sila contohi mereka, ok?

Keluar dari theme park..sementara tunggu hujan reda...kami chillax di massage chair.. 











Bongok nih posing camni..ni sumer akibat terkenan pasal tak dapek g pulau orang utan..sekian...hahaa
Itu aktiviti hari pertama dan kedua kami... o yeah! Jap kang aku hadpet utk tatapan masa dpn aku aktiviti y seterusnya...