Highland tower in memory...

11 December 1993 ~ first time Malaysia mengalami tragedi tanah runtuh..Highland tower blok 1..masa tu umo aku 10 tahun.. banyak kali aku tanya mak aku..

"ni kat malaysia ke, mak?"

Mak aku pun dah tak larat nak jawap nak mengiyakan "ye nak..mmg kat Malaysia.." Tak cukup dengan mengharrast mak aku, aku harrast apak aku pulak mintak belikan newspaper.. Newspaper time aku kecik2 dulu mcm nak beli URTV dia punya ranking.. payah nak dapat woo.. pasal newspaper tu repeat apa yg berita kat tv cakap..jadi apak aku malas nak beli newspaper..tapi sejak 11 dec tu..ada la dlm sehari dua beliau beli..demi nak dptkan gambar2 dan berita terbaru pasal kejadian tu.. aku siap buat paper cutting lekat kat diary abang aku..ntah apahal p lekat kat diary beliau, aku pun keliru..cuma aku sedapkan hati time tu mmg otak masih putih..ekekeke..org lain buat paper cutting...aku pun nak jugak..nasib la lepas tu aku lekat kat mana..

Tapi lepas da seminggu mcm tu, berita pun da start kurang pasal ni.. yang ada cuma dlm paper buat kronologi apa yg berlaku..mcm mana dorang leh buat sistem perlongkangan menggantikan saliran semulajadi..longkang ada blockage pasal ada construction..bulan December pulak adalah musim hujan..air meresap ke tanah dan melonggarkan struktur tanah, menghentam main structure highland tower dan meruntuhkan bangunan 12 tingkat tu pada pukul 1.30pm..Lepas runtuhan, masa untuk cari sapa harus bertanggungjawap.. jadi ada 10 pihak yang di persalahkan..

Highland Properties SB (Pemaju)
MPAJ
Wong Tin San (Arkitek)
Wong Yuen Kean (Jurutera Perunding-abang arkitek)
Arab Malaysian Finance Berhad
Metrolux Sdn Bhd
MBF Property Services Sdn Bhd

Tropic Development Sdn Bhd
Kerajaan Negeri Selangor
Pengarah Jabatan Tanah & Galian Negeri Selangor
 
Yang kaler merah disabit bersalah oleh Hakim James Foong. *Sumber dari google. 

Sekarang ni da almost 19 tahun..da banyak kes2 tanah runtuh yang kita dgr..mcm:-

* 30 Jun 1995: 21 orang terkorban manakala 23 yang lain cedera dalam kejadian tanah runtuh di jalan susur Genting Highlands. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang mengakibatkan air turun laju dan menghanyutkan pokok dan tanah berhampiran terowong Karak.

* Pada tahun 1996: Kejadian tanah runtuh berlaku pada tahun baru apabila sebahagian Jalan 3/11 Pesiaran Tiga, Bandar Baru Selayang runtuh.Kejadian berhampiran tiga blok flat kawasan perumahan yang didiami 130 keluarga itu tidak mengorbankan nyawa.

* 25 Disember 1997: Tanah runtuh di Km17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang, Selangor mengorbankan tiga orang.

* 15 Mei 1999: Penduduk kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay, Jalan Hulu Klang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh sepanjang 100 meter. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut.

* 2 November 2002: Sebuah banglo di Taman Hillview, Hulu Klang milik bekas panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar runtuh selepas dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan rumahnya. Dalam kejadian itu, isterinya Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua menantu dan dua cucu serta pembantu rumah Indonesia terkorban.

* 31 Mei 2006: 49 rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang musnah akibat runtuhan tanah dan empat sekeluarga terkorban.

* 30 November 2008: Dua beradik, Noratirah Roslan, 16, dan Nurul Intan Sarina, 9, terkorban selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang turut meranapkan sebuah banglo di Ulu Yam Perdana, Hulu Selangor.

* 6 Disember 2008: Kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang meragut lima nyawa selain menimbus 14 banglo.

* May 2011: Tanah Runtuh di Rumah anak yatim At Takwa, Hulu Langat - 16 maut



Al Fatihah untuk mangsa- mangsa tanah runtuh..semoga roh2 mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amin.

(Kalo tgk tarikh2 tu nampak mcm tgh tahun dan hujung tahun adalah bulan2 tanah runtuh..kn? ke aku saja je buat2 andaian mcm ni)

Kadang2 rasa takut bila kenangkan kembali bila dengar berita2 yg mcm ni..Semoga kita semua selamat dari kejadian2 yang tidak diingini mcm ni..amin..

Bumi kita makin tua...makin banyak kita dengar bencana mcm ni, makin pesat pulak pembangunan yg kita tgk..makin togel bukit2..makin nipis gunung2 dan makin kurang kaler hijau berganti dgn kaler2 tahan cahaya matahari nippon paint..we r hunger to be part of develop country by developing many and many building, construction jobs are everywhere..and if you r jobless, try construction workers..for surely you will be hired (if you faster than indonesian to apply la..) It is common to hear that developer company try to fight for more and more projects and of course, higher and higher! Rumors said the highest for condo so far is 48 level (not included parking bays, roof top, etc) curently develop at SS2, PJ... dunno la true or not..you go and figure out urself la...Im not sure if we r having mega project to defeat KLCC..but so far, that is the highest building in Malaysia..Nhow, it is nice to hear that our country rapidly growth and develop..it just a concern to our earth and environment.. As a Malaysian, i pray, Malaysia will always be in safe condition..amin


 

1 comment:

  1. maaf tumpang iklan...

    KAMI MENJUAL KELENGKAPAN DAN PERALATAN PEJABAT SEPERTI MAGNETIC WHITEBOARD, MESIN BINDING, MESIN LAMINATE, ELECTRONIC TYPEWRITER, STAPLER, MESIN SHREDDER, HAILER, TROLLEY DAN LAIN-LAIN.

    TIADA CAJ GST.
    PENGHANTARAN PERCUMA SEKITAR SELANGOR DAN KUALA LUMPUR.
    JAMINAN 2 TAHUN KE ATAS.


    UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DI ATAS SILA HUBUNGI KAMI SEGERA.

    DN GLOBAL RESOURCES
    Tel: +603-6277 5571
    H/P: +6019-393 5571
    Email: dnglobal_eng@yahoo.com.my
    Facebook: http://www.facebook.com/dnglobal
    Website: www.dnglobal.weebly.com

    ReplyDelete