obesiti dan BMI...


Mari kira BMI anda..berapakah? Banyak tak? aku banyak jugak.. maka mengelijatlah segala lemak2 dlm badan aku ni suruh di buang.. tapi lemak ni pulak da mcm kn saka... susah btl nak tinggalkan diri ini.. haish.. 
semalam la hari paling banyak aku berfikir dan merenung nasib diri.. ye la..masa belum kawen, kemain susah nak naik berat badan..paling berat pun cuma 42kg saja..average berat adalah 36 - 38kg saja.. sekarang, berat sudah berlipat kali ganda.. nak turun ke angka 4 di depan pun susah.. isk..isk..isk.. seronok sgt kawen kot.. 
Maka semalam berinspirasikan dgn penurunan berat badan sebanyak 14kg, maka aku pun memulakan misi nak berdiet atkins bermula 18 july 2013 - 1 August 2013.. Rasanya diet atkins la yg paling senang setakat ni rather than low fat diet atau diet tak tentu hala yg selalu di amalkan.. by the way, the word diet itself pun dah misinterpret, apatah lagi pengamalannya.. Sbnrnya, diet adalah langkah mengawal pemakanan.. bukan menyekat pemakanan.. see..selalu org ckp diet duit which refer to tada duit.. tapi kalo ikut definition, dia kena kawal duit.. ke, kawal pemakanan duit dia? well..ikut suka dia la nak kawal ke, kekang ke.. yg penting, lemak di badannya, sama ke atau lebih dari lelemak pejal ai ni? hah, tetiba aku lak emo...
Ok, back to diet atkins sempena dgn keobesitian haku ini..hbs la aku canang kat puan2 dan tuan2 di opis ni.. ada kata aku tak la gemuk.. tapi mslhnya aku obes.. jadi, aku berjaya menghasut ain, kak yana dan kak idah utk join diet ini.. 
So, semalam aku teringin nak buat loading day..makan apa saja yg aku mahu.. siap ckp kat laki aku ajak makan di luar.. tapi balik rumah aku goreng drummet sampai hbs sebungkus..bila da makan drummet, nafsu nak makan yg lain2 da hilang.. padahal aku teringin gila nak makan kek, ice cream..etc.. jadi, mmg tak loading apa2 smlm kecuali ayam drummet saja.. ceh.. 
Dlm diet atkins ni, fasa pertama adalah induction phase yang mana, kita kena kawal mengambilan karbohidrat sebanyak 20g sahaja sehari.. Jadi, kena la aware apa makanan yg ada sumber carbo ni.. mcm nasi, roti, tepung, mee, spageti, bihun, megi etc. Maka semua makanan ini tidak la boleh di ambil sebab jumlah carbo dlmnya tinggi.. kecuali bihun cuma 10g carbo utk sepinggan. Gula, madu, dan yg sewaktu dgnnya juga tak boleh amek.. sbb nanti, bila da tada carbo, badan akan bakar glukosa dlm badan sbg bahan bakar utk tenaga.. glukosa ni akan hbs guna dlm 48jam.. slps itu baru guna lemak sebagai bahan bakar.. Jadi, makanan yg mengandungi gula, madu etc macam buah, lobak merah, gula2 coklat tenusu yogurt adalah tak boleh makan..
Jadi yg boleh makan adalah, seekor ayam, sekilo ikan, sebakul sayur hijau, sekilo daging, sekilo udang, sekilo ketam, selori garam, non artificial food flavoring.. yg boleh d masak goreng, steam, bakar, kukus, dan mentah. 
Semua ni hanya utk dua minggu saja.. tak la lama mana... tapi mampukah? harap2 mampu...


Saya harap saya masaih boleh posing confident mcm ni dgn body yg lebih langsing selepas dua minggu.. nanti hari2 ai update my atkins journey... huh..journey la sgt! 

Norihan, aldabes...you definitely can do it!





No comments:

Post a Comment