Realiti

Timah tengok keluar tingkap, merenung matahari senja. Seperti selalu, sejak setahun lalu. Timah cuma akan beredar bila Ramjan pulang bersama Siti. 

* * * 

1 message received
Timah senyum lepas membaca SMS dari Ramjan. 
Walaupun berjumpa setiap hari tapi Timah akan tetap berbalas SMS dgn Ramjan setiap hari, tanpa jemu. 

* * *

Timah membelek kalendar
Setiap hari pada 12.01am, Timah akan segera menconteng kalendar menandakan hari yang di tunggu semakin tiba..

* * * 

"Aku terima nikahnya............." 
Timah tersenyum bahagia..akhirnya dia menjadi milik Ramjan

* * *

"i have enough trying..but we will never make it. This is all mistakes!"

* * *

"Aku terima nikahnya..."
Timah tersenyum kecil namun tak mampu membendung airmatanya dari tumpah apabila Siti berbisik halus ketika bersalam dengannya 
"am gonna get rid of you..i will" 
Siti senyum seolah menyindir

* * *

"i have enough trying..but we will never make it..." 
Kata- kata Ramjan masih terngiang2 di fikiran Timah. Dia sedar, hanya dia seorang berusaha untuk kekalkan kebahagiaan rumahtangganya. Ramjan sudah berputus asa selepas lima tahun berkahwin, namun mereka masih belum memiliki zuriat.
Timah masih mampu bersabar bila Ramjan di tangkap khalwat bersama Siti malah mampu menyaksikan pernikahan mereka. Namun sikap Ramjan setelah berkahwin dua benar- benar mengecewakan Timah. 

* * * 

"Aku ceraikan kau dengan talak satu.."
Timah bersenyum. Akhirnya setelah hampir setiap hari bertengkar, Ramjan lepaskan juga dirinya. Timah menarik nafas lega..

* * * 

Timah merenung matahari senja sambil mengusap perut yang kian membesar. Terasa denyutan halus dari dalam. Terasa kekuatan yang menyusup entah dari mana. Seminggu selepas Ramjan melafazkan cerai, Timah mendapat khabar gembira yang dirinya sedang hamil dua bulan.

* * *

"Hidup mesti terus, nak.. "




2 comments:

  1. best ar cter timah nie,..nk share kat fb blh ka?

    ReplyDelete
  2. citer dia mcm pendek ja..tatau celah mana yg best..tapi nak share..boleh je..

    ReplyDelete