Jack Black punya cerita

"kita kena nasihatkan si Malek tu, geng" 

Ahli geng tengok muka Jack Black dgn serius. Jack Black bukan nama sebenar beliau pasal Jack black adalah nama dalam lirik lagu Joe Flizzow 'untukmu' yang sungguh kelaut.

"Masalah Malek tu bukan boleh settle dengan nasihat je, Jack"

Ahli geng memberi ayat provokasi juga dengan nada memprovok supaya Jack Black terus membentangkan hujah plan nasihat jangka panjang yang beliau rangka untuk misi selamatkan Malek. 

"Tapi kita boleh cuba..." Pause ayat untuk kasik effect suspen..

"Kita patut culik Malek sehari dua, pukul sampai lebam, masukkan dia ke ICU dan sedarkan bini dia yang Malek lebih rela di pukul dari di kongkong bini"

Jack Black senyum bangga selepas meluahkan idea di luar kotak beliau. 

"Jack, masalah Malek, takut bini aje pun.. takkan sampai nak ke ICU? Apa gila nasihat jenis puaka macam ni?" 

"Ke kita patut culik bini dia je?" Jack Black mula ragu dgn usul sendiri.

"Jack, masalah takut bini ni masalah yang unik dan komplek. Tak semua masalah takut bini boleh selesai dgn cara nasihat versi saiko mcm yg kau fikir. Dan tak semua masalah bini bini tak takutkan suami ni tak boleh selesai. Kau faham aku cakap?" 

Jack Black diam, tak angguk dan tak geleng. Dia cuba digest apa ahli geng cakap tapi dia malas nak faham. Pasal dia fikir, ia adalah tindakan yang tidak adil untuk tidak menerima usul paling kreatif dari beliau. Jadi beliau lebih memikirkan tentang bagaimana untuk memahami ahli geng yang tidak memahami niat murni beliau demi menegakkan keadilan geng mereka, Malek. Ia adalah sangat tidak adil.. 'ini tidak adil ...tidak adil bagi ku..' nyanyi Jack Black perlahan di dalam hati..

"Jadi...."

Jack Black berhenti bercakap bila terdengar namanya di panggil. Lalu dengan pantas meninggalkan pagar pemisah antara rumahnya dan rumah ahli geng dan meninggalkan ahli geng seorang diri begitu saja.

Antara sayup dan tidak sayup, ahli geng dapat mendengar suara tinggi Jack Black dari dalam rumah

"Sudah, abang dah siap sidai kain. Mana lagi baju nak lipat, hah?!"



No comments:

Post a Comment